Titisan Air Mata

•Jun 20, 2009 • 4 komen

Aku umpama titisan air mata.
Yang jatuh ke telapak tangan mu.

Tak kira apa pun,
Aku tetap akan hilang dari telapak tangan mu.
Hanya hati kau yang menentukan.
Cepat atau lambat.

Lambat aku hilang,
Kalau kau biarkan aku kering dek waktu.

Cepat aku hilang,
Kalau kau lapkan aku supaya telapak tangan mu itu tidak basah.
Sebaik sahaja aku gugur ke atas tapak tangan mu.

Aku yang mana?
Tentulah yang cepat hilang itu.
Kau tahu.
Aku pun tahu.

Saatnya Pulang Kampung!!!

•Jun 18, 2009 • 2 komen

Saat untuk aku menjejakkan kaki ke atas bumi Malaysia hampir tiba.
Sungguh hatiku tidak sabar!

Terbayang-bayang makanan yang sedap dan menggiurkan.
Minuman yang penuh krim!!!
Nikmatnya bercuti dan memanjakan diri.
:)

Makanan yang didambakan
1. Bihun/mee tom yam
2. Mee kuah (Mak/Abah masak)
3. Mee rebus Mastan Ghani Teluk Intan
4. Sate kajang
5. Nasi ayam
6. Bihun sup
7. Laksa (Mak masak, kedai tepi sungai)
8. Nasi goreng tanpa garam (Abah masak)
9. Sambal udang/ikan bilis tambah petai (kakak masak)
10. Muffins (Gem dan kakak masak – tapi Gem tengah sakit pula)
11. Mee hailam
12. Telur masak kicap (Abah/Mak masak)
13. Sup ayam (Abah/Mak masak)
14. Ikan bakar dan sambal bawang putih (Abah masak)
15. Nasi putih (Gem/Mak/aAbah masak)
16. Ikan goreng dicicah sambal belacan
17. Gulai lemak udang (Abah/Mak masak)
18. Ayam tumis special (Abah masak)
19. Rojak buah

Minuman yang didambakan
1. Teh O (Abah/Mak/Gem bancuh)
2. Teh tarik
3. Milo ais
4. Teh ais
5. Neslo
6. Nescafe 3 in 1 (curi Abah punya)
7. Jus-jus buah
8. Sirap merah
9. Air bandung

Tabiat yang akan dilakukan
1. Buli Gem
2. Mengada-ngada dengan Mak dan Abah
3. Tidur hampir 24jam sehari
4. Ambil dan hantar mak pegi sekolah
5. Bangun pagi dan ikut Mak pegi sekolah untuk online
6. Tengok Gem main NDS sampai lebam
7. Tengok TV sampai lebam
8. Tidur depan TV
9. Tak buat kerja apa-apa
10. Jalan-jalan bersama Mak dan Abah
11. Berharap kakak dan abang sumbangkan sikit duit belanja (hehehe)

P/S: akan ditambah dari masa ke masa.

Pulsa Kilat

•Jun 15, 2009 • Tinggalkan Komen

Pulsa Kilat

Suatu permulaan yang baru.
Untuk berjimat dan mengumpul.
Harap service ok dan boleh teruskan.
Nantikan dan harap dapat sambutan. :)

Pantun Suke Suki

•Jun 10, 2009 • Tinggalkan Komen

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang.

Kalaulah u online nanti,
Buzzlah i kalau u senang.

Kata Rindu

•Jun 8, 2009 • Tinggalkan Komen

Bulan indah mengambang.
Indahnya menjalar dari mata ke hati.

Bulan itu hanya satu.
Satu untuk seluruh umat manusia.

Andai kau melihat bulan itu lagi malam ini,
Dengarkanlah hatiku membisikkan kata rindu.

5 Kualiti Seorang Pemimpin

•Mei 31, 2009 • Tinggalkan Komen

Petikan daripada talk yang disampaikan oleh Professor DiRaja Ungku Aziz beberapa bulan yang lalu di Kuala Lumpur Convention Centre.

5 kualiti satu pemimpin yang baik:
1. Intelligence
2. Credibility
3. Humility
4. Courage
5. Discipline

Beliau juga ada mencadangkan beberapa buah buku yang wajib di baca oleh individu yang ingin menjadi seorang pemimpin yang baik.

8 buku wajib dibaca oleh seorang pemimpin:
1. Fit for Life Not Fat for Life oleh Harvey Diamond
2. Thinking Course oleh Edward de Bono
3. The Mind Map Book and Head First oleh Tony Buzan
4. The 36 Strategies of the Chinese: Adapting an Ancient Chinese Wisdom to the Business World oleh Wee Chow Hou dan Lan Luh Luh
5. The Art of War oleh Sun Tzu
6. Level 5 Leadership oleh Jim Collins
7. The Prince on the Art of Power oleh Niccolo Machiavelli
8. Leader’s Window oleh J.D.W. Beck dan N.M. Yeager

Entri Untuk Mu

•Mei 24, 2009 • Tinggalkan Komen

Efek 3-D yang tak disengajakan

Terima kasih kerana sudi memeluk tubuh ku di saat aku memerlukan kehangatan.

Hujan, berhentilah!

•Mei 23, 2009 • 4 komen

Hujan berhentilah,
Nanti jalannya banjir.
Hujan berhentilah,
Nanti kakiku basah.
Hujan berhentilah,
Nanti kakiku kotor.
Hujan berhentilah,
Aku mau ke sana.
Hujan berhentilah,
Aku mau bebas.

Muda

•Mei 22, 2009 • 2 komen

Muda itu indah.
Muda itu mudah.
Muda itu senyum.
Muda itu riang.
Muda itu manis.
Muda itu memori.

::Mengenang zaman muda yang penuh warna warni bersama keluarga dan teman. Tak banyak masalah. Aku rindu zaman muda ku::

Yang Terbaik

•Mei 21, 2009 • 2 komen

Tak tahu apa yang terbaik untuk diri.
Yang terbaik mungkin bukan nilai A dalam ujian.
Mungkin bukan angka 100 dalam transkrip.
Mungkin bukan kejayaan yang diidamkan.
Mungkin bukan suatu kenikmatan tidur.
Mungkin bukan keenakan makanan dan minuman.
Mungkin bukan keindahan dan kemewahan dunia.
Tapi yang penting, kita usaha yang terbaik.
Tuhan yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.
Yang terbaik itu mungkin bukan yang kita mahukan.
Tapi itulah yang terbaik untuk kita.
Yang terbaik Tuhan tentukan.
Usaha, usaha, usaha, dan tawakkal.
Dan bangkitlah setelah kejatuhan.