Tak Berjudul
Hati ini tak pernah berubah,
Hanya tak mahu di sakiti lagi,
Tapi tiada yang peduli,
Kau tak pernah peduli,
Kerna kau anggap ia mudah,
Tanpa kau sedar ada yang punah.
Hati ini tak pernah berubah,
Hanya tak mahu di sakiti lagi,
Tapi tiada yang peduli,
Kau tak pernah peduli,
Kerna kau anggap ia mudah,
Tanpa kau sedar ada yang punah.
Pernahkah korang dengar berita tentang ramai manusia di muka bumi ini yang masih hidup susah, melarat, dan menderita?
Apa yang pernah korang lakukan untuk menolong mereka yang memerlukan?
Mungkin hanya sekadar merasa kasihan ataupun sedih melihat keadaan mereka yang hidup tidak senang seperti kita.
Mungkin hanya sekadar mengalirkan beberapa titis air mata ketika melihat, membaca, atau mendengar tentang keadaan mereka.
“Maaf, aku tak punya apa-apa untuk ku berikan kepada kalian”
Mungkin kata-kata di atas yang kalian ucapkan atau pernah tercetus di dalam hati korang.
Baru-baru ini aku temui satu website yang di buat untuk membantu mereka yang memerlukan. Baik manusia mahupun haiwan dan juga alam.
Kita tak perlu keluarkan duit, sedekahkan pakaian, atau mengeluarkan setitik peluh pun. Apa yang perlu kita buat adalah memberikan komen atau mesej kepada penaja.
Mungkin korang penah dengar tentang application Cause di Facebook. Website ini ada kaitannya dengan application itu. Namanya, SocialVibe. Mereka telah berusaha mencari penaja untuk Cause yang ada. Dan kita hanya perlu meluangkan hanya sedikit masa untuk ikut serta membantu mereka yang memerlukan.
Mudah, bukan?
Jadi di sini aku telah join SocialVibe dan memilih Education sebagai Cause aku. Sebab bagi aku, tanpa pendidikan yang cukup, taraf hidup memang tak akan naik. Jadi pendidikan itu adalah kunci segalanya. Aku ada letak badge SocialVibe di sidebar kanan blog ini. Sesiapa yang sudi membantu, boleh klik badge tersebut. Point yang korang dapat nanti samalah dengan jumlah hari yang korang dapat sekolahkan orang yang memerlukan. Sebagai contoh, korang dapat 10 point. Jadi korang dah menyumbang sesuatu dan dapat membantu seseorang untuk ke sekolah selama 10 hari.
Kepada blogger yang berminat untuk join SocialVibe, boleh klik di sini. Aku tak dapat apa-apa pun kalau korang terima invitation aku ni.
Selamat berbakti!
Tempat: Kaunter Air Asia Bandara Soekarno Hatta, Bandung.
Jalan raya: Sesak dan tidak bergerak.
Cuaca: Hujan lebat.
Seorang manusia berjalan dengan cepat di dalam kelebatan hujan menuju tempat kejadian.
Kaki seluarnya basah lencun.
Setibanya di lokasi kejadian,
“Lega… Dah sampai pun”, bisik manusia itu di dalam hati.
Lantas dia terus melangkah masuk.
Mata sempat mengerling ke jam di sebelah kaunter.
Jam 5.04 petang.
“Mbak, bisa saya bantu?”, wanita di kaunter mula bertanya.
“Ya, saya mau check tiket buat Senin depan”, pantas manusia itu menjawab.
“Cuma check aja kan? Gak beli?”
“Emang gak bisa beli di sini?”
“Ga, soalnya udah tutup sekarang”
Manusia itu mengerling lagi ke jam tadi.
“Aku hanya telat 4 menit kok“, bantah hatinya.
“Ya, gak apa-apa lah. Check aja tiketnya”
Dalam hatinya, “Buset! Tu pun malas. Macam la system dah shut down“
=====================================================
Aduh, manusia. Kalau aku lambat macam tu, terus tak boleh beli. Bayangkan kalau doktor macam tu, apa agaknya orang akan cakap?
Berkira.
Malas.
Denyutan ini membuat ku hidup.
Denyutan ini membuat ku bernafas.
Denyutan ini juga yang membuat ku sesak.
Denyutan ini juga yang membuat ku sesat.
Rasakan denyut nadi ini.
Rasakan iramanya.
Rasakan perbezaannya.
Rasakan di lubuk hati mu.
Petikan daripada talk yang disampaikan oleh Professor DiRaja Ungku Aziz beberapa bulan yang lalu di Kuala Lumpur Convention Centre.
5 kualiti satu pemimpin yang baik:
1. Intelligence
2. Credibility
3. Humility
4. Courage
5. Discipline
Beliau juga ada mencadangkan beberapa buah buku yang wajib di baca oleh individu yang ingin menjadi seorang pemimpin yang baik.
8 buku wajib dibaca oleh seorang pemimpin:
1. Fit for Life Not Fat for Life oleh Harvey Diamond
2. Thinking Course oleh Edward de Bono
3. The Mind Map Book and Head First oleh Tony Buzan
4. The 36 Strategies of the Chinese: Adapting an Ancient Chinese Wisdom to the Business World oleh Wee Chow Hou dan Lan Luh Luh
5. The Art of War oleh Sun Tzu
6. Level 5 Leadership oleh Jim Collins
7. The Prince on the Art of Power oleh Niccolo Machiavelli
8. Leader’s Window oleh J.D.W. Beck dan N.M. Yeager
Tak tahu apa yang terbaik untuk diri.
Yang terbaik mungkin bukan nilai A dalam ujian.
Mungkin bukan angka 100 dalam transkrip.
Mungkin bukan kejayaan yang diidamkan.
Mungkin bukan suatu kenikmatan tidur.
Mungkin bukan keenakan makanan dan minuman.
Mungkin bukan keindahan dan kemewahan dunia.
Tapi yang penting, kita usaha yang terbaik.
Tuhan yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.
Yang terbaik itu mungkin bukan yang kita mahukan.
Tapi itulah yang terbaik untuk kita.
Yang terbaik Tuhan tentukan.
Usaha, usaha, usaha, dan tawakkal.
Dan bangkitlah setelah kejatuhan.
Kita sanggup lakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri.
Berusaha untuk menggapai apa yang kita mahukan.
Kita menerima, secara percuma atau dengan sedikit usaha.
Tapi sudikah kita memberi apa yang kita ada kepada yang memerlukan?
Ilmu, wang, makanan, pakaian, dan lain-lain?
Sudikah kita berkongsi semuanya dengan orang lain?
Atau akankah kita simpan dan pakai untuk diri sendiri?
Sudikah kita berkongsi untuk kepentingan bersama?
Atau akankah kita diam dan bisu hanya untuk kepentingan sendiri?
Optimis bermaksud melihat suatu perkara di sudut yang baik atau yang memberi faedah ataupun mengharapkan sesuatu yang baik. Lebih kurang begitulah maksud perkataan itu. Satu perkataan yang aku kenali ketika aku di tingkatan 5, sewaktu ikut serta dalam kursus BTN SBP Perak; nama kumpulan ku.
Kesibukan hidup sekarang dengan beban thesis membuatkan hampir semua otak di sini berada di dalam tekanan yang hampir kritikal. Dengan masa yang terlalu sempit untuk menyiapkan thesis disamping kerja-kerja kuliah yang bertimbun, semua orang tanpa segan silu meluahkan perasaan marah, benci, malas, penat, dan macam-macam lagi kepada umum. Diri aku tak terkecuali.
Tapi dalam satu aspek, kita perlu optimis. Dengan kata lain, kita perlu berfikir positif. Jangan hanya tahu complaint pabila mengalami sedikit kepayahan untuk menyiapkan suatu tugas tanpa berusaha sebaik mungkin melakukan tugas tersebut. Memang benar kata guru ku, Melayu mudah melatah.
Stop complaining and start do the work slowly.
Itulah ayat yang bermain-main di kepala ku sekarang. Aku tak mahu melemahkan semangat orang lain kerana bertindak pesimis. Aku pasti ada hati yang akan down pabila mendengar segala rungutan tanpa memulakan tugas tersebut. Tak guna merungut sampai berbuih-buih mulut tanpa bertindak.
Mari kawan-kawan, kita kuatkan semangat untuk menyelesaikan tugas kita dengan sebaik mungkin. Sikit ja lagi perjuangan kita untuk lulus. Sikit ja lagi kita dapat pulang bertemu keluarga dan orang tersayang. Sikit ja lagi. Sabar sabar dan terus sabar.
Maaf atas keterlambatan aku menyambung cerita pasal Mak. Kesibukan hidup sebagai seorang mahasiswa selalu menghambat aku; ditambah lagi dengan thesis yang harus disiapkan segera.
Pagi 4 Februari 2009
Aku tidur 2 jam saja malam tadi. Awal-awal pagi lagi aku dan Kakak siap sedia dan membersihkan Mak sebelum pembedahan pagi itu. Sejak dari petang semalam, berbotol-botol cairan potassium dan sodium chloride silih berganti dimasukkan ke dalam tubuh mak. Hari ini hari yang cukup besar buat kami sekeluarga. Tinggi harapan kami supaya Mak selamat menjalani pembedahan. Tuhan, semoga kami kuat menghadapi segala ujian dari-Mu..
Doktor Arvin, seorang doktor pelatih yang memantau Mak dari masa ke masa sibuk meneliti carta dan rekod Mak. Darah Mak juga diambil untuk pemeriksaan electrolytes. Seorang demi seorang doktor silih berganti hadir di kaki katil Mak; doktor-doktor pelatih, neurosurgeon, neurologist,dan pakar bius.
Tepat jam 9 pagi aku dikejutkan dengan satu berita buruk; kandungan garam (sodium) dalam darah Mak amat rendah. Keadaan ini tidak membenarkan Mak dibedah. Doktor Arvin sempat diherdik oleh pegawai atasannya kerana tidak memeriksa dan mengawal electrolytes dalam darah Mak dengan betul. Aku juga terkesima. Rasa nak luluh jantung bila tau keadaan jadi macam tu. Banyak mudarat yang menunggu kalau pembedahan diteruskan dalam keadaan macam tu.
Tapi.. doktor Arvin diarahkan untuk mengambil dan memeriksa darah Mak sekali lagi untuk kepastian dan jika ditakdirkan tahap electrolytes yang berkaitan mencapai sekurang-kurangnya 4 mmol di bawah batas minimal, pembedahan boleh dibuat.
Hari ini merupakan hari kelima setelah pendarahan berlaku. Pendarahan di frontal lobe bahagian kiri sebesar duit 50 sen. Mengikut penelitian, bagi kes pendaran otak, pembedahan haruslah dibuat dengan segera; dalam masa 72 jam selepas pendarahan terjadi untuk mengelakkan kesukaran sewaktu sel-sel otak di retract ketika proses pencarian salur darah terbabit berlangsung. Tapi Mak telah melepasi batas waktu tersebut. Doa dipanjatkan setinggi-tingginya kepada yang Maha Esa.
Sekitar jam 930 pagi, 2 orang jururawat datang untuk memasang tiub saluran kencing (urine catheter) keatas Mak. Satu petanda yang baik, Mak boleh dibedah hari ini. Alhamdulillah.. Tak lama lepas itu, 2 orang jururawat datang lagi untuk mengganti pakaian Mak; serba putih untuk menjalani pembedahan. Sambil menanti jam 10, aku, Abah, dan Kakak bersembang ditepi katil Mak. Kisah kenakalan aku sewaktu kecil sempat membuat Mak tersenyum. Perasaan lega sempat menghinggap diri untuk beberapa saat; tadi Mak tak boleh jawab soalan-soalan yang doktor lemparkan.
Mak cik tahu tak sekarang ni kat mana?
Berfikir sejenak, ‘hospital’, jawab Mak perlahan.
Mak cik tahu tak hari ni kita nak buat apa?
Dahi berkerut, senyap, mata mencari muka yang dikenali.
Mak cik tahu tak hari ni kita nak buat apa?
Sama seperti tadi.
I don’t think she know what we’ll do to her. I don’t think she understand.
But yesterday after a meeting with the neurosurgeon, my father has explained to her that she will be operated today. She understood and noded when my father explain all the procedure and risks to her. Itu yang sempat aku katakan.
Ok then. The anesthesist will come here for the next inform consent.
Seperti yang dijadualkan, Mak masuk ke operation theater sekitar jam 10. Persiapan pembedahan sekitar satu jam; bius, ventilator, etc. Pembedahan dianggarkan mengambil masa 2 hingga ke 3 jam. Aku, Abah, dan Kakak menghantar Mak dengan pandangan penuh harapan dari ruang menuggu.
..bersambung..
Sudah 2 minggu aku pulang ke Malaysia. Sekarang aku dah selamat sampai di Bandung, Indonesia. Hari pertama mulai kelas memang amat letih bagi aku.
Buat pengetahuan rakan-rakan, Mak aku sekarang dalam proses pemulihan. Alhamdulillah.. Tanggal 16 Februari lepas Mak dibenarkan pulang ke rumah.
Terima kasih sebanyak-banyaknya kepada yang tolong mendoakan keselamatan dan penyembuhan Mak aku. Terima kasih kepada Tuhan yang Maha Esa kerana atas kuasaNya, Mak boleh seperti sekarang.
Aku ceritakan serba sedikit rentetan kisah Mak aku:
Pagi Sabtu 31 Januari 2009, Mak pergi ke bilik air untuk buang air kecil. Kepalanya terasa amat sangat pening. Mak terus berbaring di atas katil dan memanggil Abah untuk tolong ambilkan ubat darah tinggi Mak. Abah terus memberi Mak makan ubat darah tinggi. Tak lama lepas tu, Mak sendawa besar, muka terus jadi pucat dan tak sedarkan diri. Abah bertindak cepat dengan menelefon ambulans. Setelah beberapa kali menelefon ambulans yang tak kunjung tiba, makcik ku datang untuk memberikan bantuan. Mak di bawa ke unit kecemasan Hospital Daerah Tapah dengan kereta makcik.
Tekanan darah Mak tinggi. Tapi tak tinggi mencecah langit. Cukup untuk dikatakan sebagai Hypertension stage 1 (berdasarkan apa yang dilaporkan oleh Abang dan Kakak aku). Lama masa berlalu, Mak baru sedar sikit-sikit. Segala yang ditanya tidak dibalas dengan kata-kata, tetapi hanya anggukan yang menjawab. Mak pegang kepala; sakit yang amat sangat. Jururawat cuba membuat pemeriksaan tahap kesedaran dengan bertanyakan ’siapa nama makcik?’, tetapi Mak tak dapat nak jawab. Dalam keadaan gelabah, adikku Ain cuba membantu jururawat tersebut dengan bertanyakan, ’siapa nama Mak?’. Mak terus menjawab ‘Raimah’, bukan namanya tetapi nama arwah ibunya. Selain itu, Mak juga tidak memberi apa-apa respons di kaki.
Keadaan Mak yang tidak membaik membuatkan doctor refer Mak ke Hospital Besar Ipoh. Dalam jam 2 petang, Mak dihantar oleh ambulans ke Ipoh ditemani Kakak.
Lewat petang itu, CT scan mengesahkan Mak ada pendarahan di dalam otak; daerah frontal lobe. Pendarahan ini sebesar duit syilling 50 sen. Doktor juga mengesahkan ada Mak ada pembengkakan salur darah di otak. (aneurysm di anterior communicating artery). Ini harus dipastikan lagi dengan CT scan yang kedua, 2 hari lagi.
Selasa 3 Februari aku pulang untuk melihat keadaan Mak dengan mata kepala aku sendiri. Perjalanan dari LCCT ke Ipoh dirasakan terlalu amat lama setelah mendapat panggilan telefon dari Abah ketika aku masih di Sungai Buloh.
“Abah dah jumpa doktor pakar. Mak harus dibedah segera, kemungkinan besar besok. Keadaan Mak kritikal. Kalau tak bedah, kematian. Kalau bedah, ada risiko tinggi untuk kematian. Chances, 50-50″
Rasa nak luluh jantung aku dengar macam tu. Walaupun sebelum pulang Malaysia aku dah baca pasal aneurysm dan dia punya treatment dan segala risiko, aku tetap lemah. Kepala lutut ku bagaikan tiada tulang lagi. Bertalu-talu panggilan telefon dari makcik dan pakcik dari kedua-dua belah pihak keluarga. Abah dah bagitau mereka terlebih dahulu untuk mendapat persetujuan pembedahan.
Aku tiba di Hospital Besar Ipoh sekitar jam 5 petang. Terus aku ke katil Mak. Mak terbaring mengiring tak bermaya. Mata tertutup rapat. Kepala dan belakang badan basah dek keringat. Ku pegang kepala Mak, terasa panas dan berdenyut. Abah kata sebelum ni lagi kuat denyutan di kepala Mak.
Abah belum menandatangan surat kebenaran untuk pembedahan. Aku, Abang dan Abah terus pergi jumpa doktor dan dengar semula penerangan dari doktor. Aku lihat CT scan kepala Mak. Kesian Mak… Sebagai seorang yang belajar perubatan, aku terangkan lagi serba sedikit semua risiko yang harus kami hadapi. Abah dah bagitau Mak pasal pembedahan. Mak mengangguk tanda faham dan setuju.
Mak dijadualkan masuk operation theatre jam 10 pagi jika tiada kes-kes kecemasan yang lain. Aku tak tidur malam tu dan duduk disebelah Mak sambil tolong kipas dan urut kepala Mak. Dalam kegelapan hatiku berkata-kata, ‘adakah ini malam terakhir aku bersama Mak..’. Hatiku tak henti-henti meminta Tuhan selamatkan Mak.
..bersambung..
SocialVibe