Hujan berhentilah,
Nanti jalannya banjir.
Hujan berhentilah,
Nanti kakiku basah.
Hujan berhentilah,
Nanti kakiku kotor.
Hujan berhentilah,
Aku mau ke sana.
Hujan berhentilah,
Aku mau bebas.
Hujan, berhentilah!
•Mei 23, 2009 • 4 komenMuda
•Mei 22, 2009 • 2 komenMuda itu indah.
Muda itu mudah.
Muda itu senyum.
Muda itu riang.
Muda itu manis.
Muda itu memori.
::Mengenang zaman muda yang penuh warna warni bersama keluarga dan teman. Tak banyak masalah. Aku rindu zaman muda ku::
Yang Terbaik
•Mei 21, 2009 • 2 komenTak tahu apa yang terbaik untuk diri.
Yang terbaik mungkin bukan nilai A dalam ujian.
Mungkin bukan angka 100 dalam transkrip.
Mungkin bukan kejayaan yang diidamkan.
Mungkin bukan suatu kenikmatan tidur.
Mungkin bukan keenakan makanan dan minuman.
Mungkin bukan keindahan dan kemewahan dunia.
Tapi yang penting, kita usaha yang terbaik.
Tuhan yang menentukan apa yang terbaik untuk kita.
Yang terbaik itu mungkin bukan yang kita mahukan.
Tapi itulah yang terbaik untuk kita.
Yang terbaik Tuhan tentukan.
Usaha, usaha, usaha, dan tawakkal.
Dan bangkitlah setelah kejatuhan.
Sudikah?
•Mei 20, 2009 • 2 komenKita sanggup lakukan apa saja untuk kepentingan diri sendiri.
Berusaha untuk menggapai apa yang kita mahukan.
Kita menerima, secara percuma atau dengan sedikit usaha.
Tapi sudikah kita memberi apa yang kita ada kepada yang memerlukan?
Ilmu, wang, makanan, pakaian, dan lain-lain?
Sudikah kita berkongsi semuanya dengan orang lain?
Atau akankah kita simpan dan pakai untuk diri sendiri?
Sudikah kita berkongsi untuk kepentingan bersama?
Atau akankah kita diam dan bisu hanya untuk kepentingan sendiri?
eKesihatan.com: Pelancaran Projek Baru
•April 6, 2009 • Tinggalkan KomenIngat lagi tak aku pernah buat post tentang forum kesihatan dalam bahasa Melayu? Post tu masih memenuhi ruang atas laman utama blog ini.
Dengan rasminya aku mengumumkan pelancaran laman web terbaru aku, eKesihatan.com. Satu laman web yang membincangkan pelbagai isu kesihatan. Walau bagaimana pun, isi laman web ni masih lagi terlampau sikit.
Laman web ini aku tujukan untuk kedua orang tua, Mak dan Abah. Dan juga kepada keluarga, sepupu, sepapat sekalian. Semua untuk kegunaan umum.
Tentang forum pula, masih dalam usaha. Buat masa ni aku nak tengok dulu sambutan kepada laman web ni. Kalau mendapat sambutan, aku akan teruskan dengan forum dia. Aku predict, sambutan untuk laman web ini mungkin kurang memberangsangkan. Tapi siapa tahu kan? Hanya Tuhan yang tahu.
Sekarang blog ini hanya mempunyai 3 posts dan 3 halaman. Singgah la kalau senang. [eKesihatan.com]
Blog Bahasa Arab
•April 3, 2009 • Tinggalkan KomenAku selalu browse internet. Pagi ini sedang aku asyik menjelajahi lorong-lorong kecil di dunia internet ni, aku jumpa satu benda yang tak pernah aku temui sebelum ini. Blog di dalam Bahasa Arab.
Semuanya di dalam Bahasa Arab kecuali iklan dari Google Adsense dan juga satu widget Twitter. Aku kagum melihat blog itu walaupun aku tak faham apa yang ditulis.
Apa yang aku dapat dari tab blog tersebut, penulis yang bernama Hassan Mughal ini menulis tentang Islam, Sejarah, software, dan lain-lain yang aku tak faham.
Berikut aku lampirkan snapshots blog tersebut:

Paparan sidebar dan content blog
Kalau korang nak tengok sendiri, klik sini.
Untuk pengetahuan korang, aku pernah berurusan dengan penulis.
Lingkungan Tidak Selamat
•April 3, 2009 • 2 komenDari sejak beberapa minggu yang lepas, aku sering dengar cerita tentang kes samun dan rompak. Kejadian yang kawan aku cerita tu berlaku di Malaysia, tanah air ku. Aku risau dan takut. Ini aku simpulkan beberapa cerita yang aku dengar:
1. Cerita 1
Seorang wanita yang sedang berjalan di satu kawasan umum untuk pergi ke tempat kerjanya. Waktu kejadian, awal pagi sekitar jam 8. Tiba-tiba dia dikejar oleh sekumpulan lelaki yang ingin merampas beg tangannya. Wanita tersebut berusaha melarikan diri. Dia berjaya melempar jauh beg tangannya dan kemudian dipukul oleh salah satu lelaki di situ. Wanita tersebut akhirnya lari masuk ke dalam longkang untuk menyelamatkan diri. Selamat.
2. Cerita 2
Satu pasangan warga asing berjalan di sekitar Masjid Jamek. Mereka kemudiannya didatangi oleh sekumpulan lelaki yang mahu menyamun dompet dan barang berharga mereka. Pasangan tersebut dipukul dengan batang besi dan akur dengan permintaan lelaki-lelaki tersebut. Mereka ditinggalkan setelah barang berharga diambil. Tidak lama kemudian, lelaki-lelaki tersebut kembali lagi dan menanggalkan seluar pasangan wanita warga asing itu sebelum meninggalkan mereka berdua untuk kali kedua. Kasihan.
3. Cerita 3
Seorang wanita sedang makan di salah satu mall terkemuka di Kuala Lumpur bersama teman-temannya. Ketika sedang asyik menikmati makanan yang terhidang, telefon bimbit yang diletakkannya di atas meja disambar oleh seorang lelaki. Lelaki itu dapat melarikan diri.
4. Cerita 4
Aku dapat video ini dari satu blog. Dapat kita lihat kejadian samun yang berlaku daripada kamera keselamatan ini. Saksikan.
Apa yang aku hairankan, kejadian yang terjadi berlaku depan orang ramai. Di siang hari, terang benderang. Apa yang orang ramai buat? Lihat saja. Ya, mungkin semua orang masih dalam keadaan terkejut. Mungkin.. Mungkin juga mereka tidak berani masuk campur sebab penjahat pakai senjata berbahaya. Manusia berjiwa busuk seperti lelaki-lelaki perompak itu sangat berani sekarang.
Kesal sungguh aku dengan kejadian seperti ini yang makin banyak terjadi. Tak kira di mana pun. Apakah manusia sudah hilang akal fikiran untuk mencari jalan lain mencari duit halal? Adakah nanti akan menjadi satu perkara biasa untuk membawa pistol sebagai langkah keselamatan di Malaysia. Pihak polis harus ambil tindakan untuk perkara macam ni. Jangan duduk goyang kaki ja sebab salah satu kejadian berlaku tidak jauh dari balai polis. Perkara ni perkara serius.
Masalah Setiap Hari
•April 2, 2009 • Tinggalkan KomenAku tulis post ini dari handset. Sekarang jaringan internet aku buat hal. Saat aku perlu hantar e-mel penting la ada gangguan. Tahap kesabaran teruji.
Dalam kehidupan seharian, hampir mustahil tak jumpa masalah. Setiap detik kita hadapi masalah. Apa yang penting, cara kita tangani masalah tu; berdiam diri, marah, menangis, tumbuk meja, dan lain-lain.
Yang paling bagus, kita lakukan sesuatu yang dapat meluahkan perasaan kita tapi tidak memudaratkan diri dan orang lain. Jangan terlampau melayan masalah sampai lupa untuk fikir jalan keluar. Penyelesaian masalah harus dibuat dengan akal sihat. InsyaAllah semua masalah ada jalan keluar yang terbaik.
Optimis!
•Mac 30, 2009 • 3 komenOptimis bermaksud melihat suatu perkara di sudut yang baik atau yang memberi faedah ataupun mengharapkan sesuatu yang baik. Lebih kurang begitulah maksud perkataan itu. Satu perkataan yang aku kenali ketika aku di tingkatan 5, sewaktu ikut serta dalam kursus BTN SBP Perak; nama kumpulan ku.
Kesibukan hidup sekarang dengan beban thesis membuatkan hampir semua otak di sini berada di dalam tekanan yang hampir kritikal. Dengan masa yang terlalu sempit untuk menyiapkan thesis disamping kerja-kerja kuliah yang bertimbun, semua orang tanpa segan silu meluahkan perasaan marah, benci, malas, penat, dan macam-macam lagi kepada umum. Diri aku tak terkecuali.
Tapi dalam satu aspek, kita perlu optimis. Dengan kata lain, kita perlu berfikir positif. Jangan hanya tahu complaint pabila mengalami sedikit kepayahan untuk menyiapkan suatu tugas tanpa berusaha sebaik mungkin melakukan tugas tersebut. Memang benar kata guru ku, Melayu mudah melatah.
Stop complaining and start do the work slowly.
Itulah ayat yang bermain-main di kepala ku sekarang. Aku tak mahu melemahkan semangat orang lain kerana bertindak pesimis. Aku pasti ada hati yang akan down pabila mendengar segala rungutan tanpa memulakan tugas tersebut. Tak guna merungut sampai berbuih-buih mulut tanpa bertindak.
Mari kawan-kawan, kita kuatkan semangat untuk menyelesaikan tugas kita dengan sebaik mungkin. Sikit ja lagi perjuangan kita untuk lulus. Sikit ja lagi kita dapat pulang bertemu keluarga dan orang tersayang. Sikit ja lagi. Sabar sabar dan terus sabar.
Forum Kesihatan: Apa Pendapat Anda?
•Mac 22, 2009 • 7 komenSebagai selingan, aku bercadang untuk membina satu online forum tentang kesihatan untuk umum.
Pada awalnya aku berniat untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, tapi sekarang aku tak berapa pasti; takut kurang sambutan.
Forum ini percuma jadi akan ada satu blog/laman web yang sejajar dengan tema forum untuk turut membantu menampung kos hosting dan domain bulanan.
Mungkin aku memerlukan bantuan dari teman-teman untuk proses membina dan maintenance projek ini. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi aku.
Nama domain, dah aku beli. Sekarang di’parking‘ buat sementara waktu sebab masih tidak ada content yang aku buat.
Aku minta bantuan kalian untuk bagi pendapat dari segi bahasa penghantar, features menarik yang perlu ada, etc.
Terima kasih atas bantuan.
P/S: Sukarelawan diperlukan sebagai moderator dan juga penyumbang artikel.
Update: Aku dah start buat content untuk projek ni. Agak susah juga nak tulis dalam bahasa Melayu tapi insyaAllah dengan pertolongan-Nya terutama dan editor-editor lain, projek ini akan berjaya. Ameen..






Komen terbaru