Arkib

Archive for Disember 6, 2008

Bila Lagi Nak Pandai?

Disember 6, 2008 1 komen

Dah 7 semester aku kat bumi Indonesia ni. Tapi aku masih bengong juga bahasa Indonesia. Bahasa Sunda apatah lagi. Kebanyakan rakan-rakan aku pun sama ja. Cuma ada seorang atau pun dua yang boleh dikatakan fasih berbahasa Indonesia.

Jadi aku telah membuat beberapa kesimpulan dari pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Berikut, kesimpulan ku:

1. Belajar dalam kelas internasional. Jadi tak banyak kawan Indonesia dan kelas kami tak pernah sama. Kalau ada yang sama pun, kami tak pernah bercampur.

2. Rasa susah bertutur dalam bahasa Indonesia mahupun sunda, jadi aku tak prefer bercakap dalam kedua-dua bahasa tersebut dengan orang tempatan.

3. Mungkin ada sekelumit perasaan memandang rendah kat orang Indonesia sebab negara kita lagi maju dari dorang.

4. Kurang inisiatif untuk membaca buku, majalah, suratkhabar, ataupun menonton filem berbahasa Indonesia.

5. Rasa bahasa mereka tak penting sebab nanti kita akan kerja di Malaysia.

6. Pantang ada cuti sikit, terus balik Malaysia tanpa berusaha untuk memberikan sedikit waktu di Indonesia untuk beramah mesra dengan alam dan penduduk sekitar.

Maaf kalau aku tersalah buat kesimpulan tapi ni semua berdasarkan pemerhatian aku sendiri dan juga perbincangan aku dengan beberapa orang rakan.

Memang keadaan di sini tak seindah di tanah air. Tapi tak salah kalau kita spend time kat sini. Dan jangan ada perasaan memandang rendah kat orang lain. Tak semua orang kat sini tak bagus. Kita tak boleh buat assumption secara general.

Kesimpulannya, yang baik dijadikan teladan yang tak baik dijadikan sempadan.

Bila lagi kita nak pandai bahasa lain kalau bukan sekarang. Dan aku rasa bahasa Indonesia dan sunda ni penting sebab aku kena berkomunikasi dengan pesakit di hospital. Jadi tak kan nak jadi macam ayam bercakap dengan itik. Tambah lagi kalau kes emergency, boleh bawa mati kalau tak faham apa dorang cakap.

Target aku sekarang, minimal boleh bicara dalam bahasa Indonesia dan kalau boleh, faham bahasa sunda juga.