Arkib

Archive for Disember 30, 2008

Kekuatan Blog

Sebelum ini aku ada tulis tentang fenomena blog yang banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan sekarang ni [baca disini]. Dengar cerita di Malaysia sekarang siap ada iklan di TV untuk mempromosikan pasal blogging. Ada yang kata kita boleh buat duit yang banyak dengan buat blog. Adakah benda ni betul?

Mengikut pengalaman aku yang hanya baru setahun jagung dalan dunia blogging ni, memang betul kita boleh buat duit daripada blog. Buat duit, bukan jadi kaya. Kalau ada yang bagitau dorang buat banyak duit dari blogging, boleh dikatakan hanya 20% ja yang betul. Benda ni tak mustahil tapi memerlukan banyak masa dan kesabaran yang tinggi.

Berbalik kepada tujuan asal aku tulis post ni, kekuatan blogging.

Orang buat blog dengan pelbagai tujuan. Ada yang hanya untuk suka-suka, nak cuba-cuba, dan ada yang betul-betul serius untuk menulis.

Macam-macam boleh kita tulis dalam blog; mula dari diari harian (banyak yang macam ni), tempat berkongsi pendapat dan pengalaman, pembahasan isu-isu semasa, sumber download media, perkongsian bahan belajar, dan tak kurang juga yang menjual barang sama ada barang tu produk sendiri ataupun produk keluaran orang lain. Pokoknya blog mempunyai kekuatan tersendiri sampaikan boleh dijadikan medium untuk beberapa tujuan tadi.

Kenapa blog begitu berkuasa?

Hmm.. soalan yang bagus. Pada pendapat aku, sebab blog ni ditulis oleh orang persendirian dan majoriti pembaca adalah rakan-rakan penulis juga. Selalunya blog ni menceritakan pandangan penulis secara tidak formal. Jadi akan wujud interaksi yang friendly diantara penulis dan pembaca berbanding dengan website.

Nak cakap pasal kekuatan blog ni, boleh sampai menghasut orang. Sebab tu sekarang banyak berita pasal blog yang dijadikan tempat penghasutan. Tak kurang juga untuk memburuk-burukkan dan menghina pihak lain macam yang terjadi dalam kes Adibah Ahmad tempoh hari (kesian). Tapi ada juga hasutan yang membawa keuntungan macam dalam blogshops; dari situ dorang dapat pembeli. 😉

Ikatan antara penulis dan pembaca juga senang terbentuk sebab selalunya alamat blog tu guna nama penulis (tapi tidak untuk blog ni). Senang pembaca nak ingat dan datang berkunjung lagi.

Ke’best‘an sebuah blog bergantung pada penulis dan pembaca. Pada aku, tak ada blog yang tak bagus. Sebab semua blog adalah hasil karya setiap penulis (kecuali yang hanya copy paste dari blog lain).

Selain daripada berkongsi contents, blog juga boleh dijadikan sebagai sumber cari duit. Kebanyakannya daripada iklan-iklan yang dipaparkan, penjualan links dan tak kurang juga daripada reviews yang ditulis. Bagi seorang blogger, tak salah kan kalau dia buat duit daripada hobi sendiri? Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.

Nantikan post berikut untuk maklumat lanjut.