Archive

Archive for April 2009

eKesihatan.com: Pelancaran Projek Baru

eKesihatan.com

eKesihatan.com

Ingat lagi tak aku pernah buat post tentang forum kesihatan dalam bahasa Melayu? Post tu masih memenuhi ruang atas laman utama blog ini. 🙂

Dengan rasminya aku mengumumkan pelancaran laman web terbaru aku, eKesihatan.com. Satu laman web yang membincangkan pelbagai isu kesihatan. Walau bagaimana pun, isi laman web ni masih lagi terlampau sikit.

Laman web ini aku tujukan untuk kedua orang tua, Mak dan Abah. Dan juga kepada keluarga, sepupu, sepapat sekalian. Semua untuk kegunaan umum.

Tentang forum pula, masih dalam usaha. Buat masa ni aku nak tengok dulu sambutan kepada laman web ni. Kalau mendapat sambutan, aku akan teruskan dengan forum dia. Aku predict, sambutan untuk laman web ini mungkin kurang memberangsangkan. Tapi siapa tahu kan? Hanya Tuhan yang tahu.

Sekarang blog ini hanya mempunyai 3 posts dan 3 halaman. Singgah la kalau senang. [eKesihatan.com]

Blog Bahasa Arab

Aku selalu browse internet. Pagi ini sedang aku asyik menjelajahi lorong-lorong kecil di dunia internet ni, aku jumpa satu benda yang tak pernah aku temui sebelum ini. Blog di dalam Bahasa Arab.

Semuanya di dalam Bahasa Arab kecuali iklan dari Google Adsense dan juga satu widget Twitter. Aku kagum melihat blog itu walaupun aku tak faham apa yang ditulis.

Apa yang aku dapat dari tab blog tersebut, penulis yang bernama Hassan Mughal ini menulis tentang Islam, Sejarah, software, dan lain-lain yang aku tak faham.

Berikut aku lampirkan snapshots blog tersebut:

Photobucket
Paparan header blog

Photobucket
Paparan sidebar dan content blog

Kalau korang nak tengok sendiri, klik sini.

Untuk pengetahuan korang, aku pernah berurusan dengan penulis.

Lingkungan Tidak Selamat

Dari sejak beberapa minggu yang lepas, aku sering dengar cerita tentang kes samun dan rompak. Kejadian yang kawan aku cerita tu berlaku di Malaysia, tanah air ku. Aku risau dan takut. Ini aku simpulkan beberapa cerita yang aku dengar:

1. Cerita 1
Seorang wanita yang sedang berjalan di satu kawasan umum untuk pergi ke tempat kerjanya. Waktu kejadian, awal pagi sekitar jam 8. Tiba-tiba dia dikejar oleh sekumpulan lelaki yang ingin merampas beg tangannya. Wanita tersebut berusaha melarikan diri. Dia berjaya melempar jauh beg tangannya dan kemudian dipukul oleh salah satu lelaki di situ. Wanita tersebut akhirnya lari masuk ke dalam longkang untuk menyelamatkan diri. Selamat.

2. Cerita 2
Satu pasangan warga asing berjalan di sekitar Masjid Jamek. Mereka kemudiannya didatangi oleh sekumpulan lelaki yang mahu menyamun dompet dan barang berharga mereka. Pasangan tersebut dipukul dengan batang besi dan akur dengan permintaan lelaki-lelaki tersebut. Mereka ditinggalkan setelah barang berharga diambil. Tidak lama kemudian, lelaki-lelaki tersebut kembali lagi dan menanggalkan seluar pasangan wanita warga asing itu sebelum meninggalkan mereka berdua untuk kali kedua. Kasihan.

3. Cerita 3
Seorang wanita sedang makan di salah satu mall terkemuka di Kuala Lumpur bersama teman-temannya. Ketika sedang asyik menikmati makanan yang terhidang, telefon bimbit yang diletakkannya di atas meja disambar oleh seorang lelaki. Lelaki itu dapat melarikan diri.

4. Cerita 4
Aku dapat video ini dari satu blog. Dapat kita lihat kejadian samun yang berlaku daripada kamera keselamatan ini. Saksikan.

Apa yang aku hairankan, kejadian yang terjadi berlaku depan orang ramai. Di siang hari, terang benderang. Apa yang orang ramai buat? Lihat saja. Ya, mungkin semua orang masih dalam keadaan terkejut. Mungkin.. Mungkin juga mereka tidak berani masuk campur sebab penjahat pakai senjata berbahaya. Manusia berjiwa busuk seperti lelaki-lelaki perompak itu sangat berani sekarang.

Kesal sungguh aku dengan kejadian seperti ini yang makin banyak terjadi. Tak kira di mana pun. Apakah manusia sudah hilang akal fikiran untuk mencari jalan lain mencari duit halal? Adakah nanti akan menjadi satu perkara biasa untuk membawa pistol sebagai langkah keselamatan di Malaysia. Pihak polis harus ambil tindakan untuk perkara macam ni. Jangan duduk goyang kaki ja sebab salah satu kejadian berlaku tidak jauh dari balai polis. Perkara ni perkara serius.

Masalah Setiap Hari

Aku tulis post ini dari handset. Sekarang jaringan internet aku buat hal. Saat aku perlu hantar e-mel penting la ada gangguan. Tahap kesabaran teruji.

Dalam kehidupan seharian, hampir mustahil tak jumpa masalah. Setiap detik kita hadapi masalah. Apa yang penting, cara kita tangani masalah tu; berdiam diri, marah, menangis, tumbuk meja, dan lain-lain.

Yang paling bagus, kita lakukan sesuatu yang dapat meluahkan perasaan kita tapi tidak memudaratkan diri dan orang lain. Jangan terlampau melayan masalah sampai lupa untuk fikir jalan keluar. Penyelesaian masalah harus dibuat dengan akal sihat. InsyaAllah semua masalah ada jalan keluar yang terbaik.

Kategori:Uncategorized Tags: ,