Arkib

Archive for Januari 15, 2010

Minggu Lalu

Sangat sibuk di Astana Anyar.

3 Januari 2010
Hari pertama, kali pertama menyaksikan proses bersalin secara live dengan jarak 1 meter dari tempat kejadian.

Persalinan satu, berpeluh-peluh dingin dan kepala pening-pening lalat.

Persalinan dua, berpeluh-peluh dingin sahaja. Tapi apabila bidan mula menjahit luka, tiba-tiba rasa macam kurang glukosa dalam darah.

Persalinan tiga, dah mula cool dan lihat dengan penuh tekun dan rasa ingin belajar.

Persalinan empat, melihat teman on call menyambut seorang bayi untuk pertama kalinya dan dia dapat menjahit luka trauma dengan bantuan resident.

4 Januari 2010
Dapat seorang ibu yang nak bersalin, anak kembar. Ibu datang dengan tahap stress yang agak tinggi. Aku tak dapat menolong persalinan atas sebab kembar dan letak songsang. Makanya, residentlah yang menyambut kedua-dua bayi perempuan tersebut. Oleh sebab aku dah terkinja-kinja dengan apron dan siap bersarung tangan kat situ, resident pun bagi chance untuk melahirkan plasenta bayi. Yang paling best adalah ibu tu ucapkan “Terima kasih doc atas pertolongannya tadi”. Aku tersenyum gembira.

5 Januari 2010
Aku melahirkan tali pusat lagi sebab patient yang aku pegang tu, anak dia letak songsang lagi.

6 Januari 2010
Telah lahir seorang bayi lelaki dengan pertolongan penuh dari aku. Tapi of course la ada bidan dan juga anak didik dia yang turut mem-busy body kan.. Yang best, dapat jugak jahit luka walaupun hanya dua jahitan. Dan aku dapat ucapan terima kasih yang ketiga hari tu. 🙂

Aku mulai merindukan kehidupan di Astana Anyar walaupun hidup super busy di sana. 530 pagi follow up patient till 730 am. Jam 8 pagi mulai stase hingga jam 2 petang. Lepas tu bimbingan dengan resident atau pun terus on call sampai 5 pagi esok harinya.

Whewww~~ Penat tapi dapat banyak belajar. Alhamdulillah..

Advertisements
Kategori:KOAS, Memori Tag:, ,