Arkib

Archive for the ‘Ciptaan Tuhan’ Category

Tak Berjudul

Hati ini tak pernah berubah,
Hanya tak mahu di sakiti lagi,
Tapi tiada yang peduli,
Kau tak pernah peduli,
Kerna kau anggap ia mudah,
Tanpa kau sedar ada yang punah.

Advertisements

Apa Yang Kita Mampu?

Pernahkah korang dengar berita tentang ramai manusia di muka bumi ini yang masih hidup susah, melarat, dan menderita?

Apa yang pernah korang lakukan untuk menolong mereka yang memerlukan?

Mungkin hanya sekadar merasa kasihan ataupun sedih melihat keadaan mereka yang hidup tidak senang seperti kita.

Mungkin hanya sekadar mengalirkan beberapa titis air mata ketika melihat, membaca, atau mendengar tentang keadaan mereka.

“Maaf, aku tak punya apa-apa untuk ku berikan kepada kalian”

Mungkin kata-kata di atas yang kalian ucapkan atau pernah tercetus di dalam hati korang.

Baru-baru ini aku temui satu website yang di buat untuk membantu mereka yang memerlukan. Baik manusia mahupun haiwan dan juga alam.

Kita tak perlu keluarkan duit, sedekahkan pakaian, atau mengeluarkan setitik peluh pun. Apa yang perlu kita buat adalah memberikan komen atau mesej kepada penaja.

Mungkin korang penah dengar tentang application Cause di Facebook. Website ini ada kaitannya dengan application itu. Namanya, SocialVibe. Mereka telah berusaha mencari penaja untuk Cause yang ada. Dan kita hanya perlu meluangkan hanya sedikit masa untuk ikut serta membantu mereka yang memerlukan.

Mudah, bukan?

Jadi di sini aku telah join SocialVibe dan memilih Education sebagai Cause aku. Sebab bagi aku, tanpa pendidikan yang cukup, taraf hidup memang tak akan naik. Jadi pendidikan itu adalah kunci segalanya. Aku ada letak badge SocialVibe di sidebar kanan blog ini. Sesiapa yang sudi membantu, boleh klik badge tersebut. Point yang korang dapat nanti samalah dengan jumlah hari yang korang dapat sekolahkan orang yang memerlukan. Sebagai contoh, korang dapat 10 point. Jadi korang dah menyumbang sesuatu dan dapat membantu seseorang untuk ke sekolah selama 10 hari.

Kepada blogger yang berminat untuk join SocialVibe, boleh klik di sini. Aku tak dapat apa-apa pun kalau korang terima invitation aku ni. 😛

Selamat berbakti!

Ingat-ingat

Kata Rindu

Bulan indah mengambang.
Indahnya menjalar dari mata ke hati.

Bulan itu hanya satu.
Satu untuk seluruh umat manusia.

Andai kau melihat bulan itu lagi malam ini,
Dengarkanlah hatiku membisikkan kata rindu.

Optimis!

Optimis bermaksud melihat suatu perkara di sudut yang baik atau yang memberi faedah ataupun mengharapkan sesuatu yang baik. Lebih kurang begitulah maksud perkataan itu. Satu perkataan yang aku kenali ketika aku di tingkatan 5, sewaktu ikut serta dalam kursus BTN SBP Perak; nama kumpulan ku.

Kesibukan hidup sekarang dengan beban thesis membuatkan hampir semua otak di sini berada di dalam tekanan yang hampir kritikal. Dengan masa yang terlalu sempit untuk menyiapkan thesis disamping kerja-kerja kuliah yang bertimbun, semua orang tanpa segan silu meluahkan perasaan marah, benci, malas, penat, dan macam-macam lagi kepada umum. Diri aku tak terkecuali.

Tapi dalam satu aspek, kita perlu optimis. Dengan kata lain, kita perlu berfikir positif. Jangan hanya tahu complaint pabila mengalami sedikit kepayahan untuk menyiapkan suatu tugas tanpa berusaha sebaik mungkin melakukan tugas tersebut. Memang benar kata guru ku, Melayu mudah melatah.

Stop complaining and start do the work slowly.

Itulah ayat yang bermain-main di kepala ku sekarang. Aku tak mahu melemahkan semangat orang lain kerana bertindak pesimis. Aku pasti ada hati yang akan down pabila mendengar segala rungutan tanpa memulakan tugas tersebut. Tak guna merungut sampai berbuih-buih mulut tanpa bertindak.

Mari kawan-kawan, kita kuatkan semangat untuk menyelesaikan tugas kita dengan sebaik mungkin. Sikit ja lagi perjuangan kita untuk lulus. Sikit ja lagi kita dapat pulang bertemu keluarga dan orang tersayang. Sikit ja lagi. Sabar sabar dan terus sabar.

Perut Kita Berputar

Tarikh: 12 November 2008

Masa 7.00 – 8.00 pagi

Tempat: Lab A.2.2

The stomach rotates 90 degree clockwise around its longitudinal axis, causing its left side to face anteriorly and its right side face posteriorly (Figure A-C)

The cephalic and caudal ends of the stomach originally lie in the midline, but during further growth the stomach rotates around an anteroposterior axis, such that the caudal or pyloric part moves to the right and upward and the cephalic or cardiac portion moves to the left and slightly downward (Figure D-E)

Proses Pembentukan Perut

Proses Pembentukan Perut

Aku letak quotes kat atas tu bukan nak bagi korang semua pening kepala dan bukan juga nak mengajar korang proses pembentukan perut manusia.

Aku belajar benda ni minggu lepas. Kebetulan pensyarah suruh aku terangkan tentang kejadian perut seperti di dalam ayat-ayat di atas.

Meh aku terangkan dengan non-medic terms. Sambil tu sila rujuk rajah di atas.

Setelah perut membentuk satu tube seperti dalam gambar A, dia akan berputar sebanyak 90 darjah pada paksi longitudinal seperti yang boleh di lihat dalam rajah B dan akhirnya menjadi bentuk seperti dalam rajah C.

Selepas itu, perut akan berputar sekali lagi pada paksi depan-belakang (aku pun tak tau macam mana nak translate nama paksi ni, tapi bayangkan la paksi tu umpama sebiji pensel yang di tusuk di titik anteroposterior axis tu). Putaran kedua ini mengikut arah jam macam dalam rajah D dan akhirnya terbentuk la perut yang macam perut kita sekarang ni (rajah E).

Lepas aku terangkan dua proses di atas seperti yang lecturer minta, aku pun terus duduk kembali di atas kerusi bulat empat kaki di dalam makmal tu.

Tiba-tiba rakan yang duduk kat sebelah aku pun bersuara, “Kenapa la perut ni nak berputar-putar pula pada dua paksi. Tak boleh ke dia duduk diam ja kat situ dan terus jadi bentuk akhir tu.”

Aku hanya mampu tersengih kambing sebab aku pun baru ja tau pasal ni sebab aku tak bersedia sebelum kelas. Tapi aku terus berfikir mencari jawapan persoalan teman ku yang tadi.

Struktur Perut di Badan

Struktur Perut di Badan

Beberapa jam setelah penat berhempas pulas berfikir mencari idea, tiba-tiba aku terbayangkan posisi perut di dalam tubuh manusia (seperti gambar di atas). TING!! Aku mendapat jawapan persoalan pagi tadi.

Perut diciptakan berputar-putar untuk memberi ruang kepada organ lain di dalam badan. Dapat di lihat dari gambar di atas, hati berada di bahagian atas perut dan usus terletak di bawah perut. Susunan organ-organ ini sangat padat memenuhi setiap ruang yang ada di dalam badan. Susunan macam ni menyebabkan setiap organ di dalam badan bertindak sebagai perisai (daripada tekanan) kepada satu sama lain.

Subhanallah, sungguh indah ciptaan Tuhan yang Esa. Segala yang Dia ciptakan tu mesti ada sebab di sebaliknya. Cuba bayangkan kalau perut yang telah membentuk satu tube yang panjang kebawah tadi tu terus membesar tanpa ada putaran satu pun. Sudah tentu badan kita akan jadi lebih panjang, lebar, dan lebih tebal dari sekarang ini.

Renungkan.