Archive

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

T.H.E_E.N.D

Disember 19, 2009 1 komen

Time flies by so quickly.

I wish for more.

Kategori:Uncategorized

Dari Kau Untuk Ku

Kategori:Uncategorized

Permulaan Baru, Perjuangan Lama

Empat tahun belajar teori dah selesai. InsyaAllah semuanya berjalan lancar. Tak lama lagi bermulalah satu pepjuangan dalam bentuk baru. Tahniah semuanya dah tetapkan bersemangat!

Kategori:Uncategorized

Masalah Setiap Hari

Aku tulis post ini dari handset. Sekarang jaringan internet aku buat hal. Saat aku perlu hantar e-mel penting la ada gangguan. Tahap kesabaran teruji.

Dalam kehidupan seharian, hampir mustahil tak jumpa masalah. Setiap detik kita hadapi masalah. Apa yang penting, cara kita tangani masalah tu; berdiam diri, marah, menangis, tumbuk meja, dan lain-lain.

Yang paling bagus, kita lakukan sesuatu yang dapat meluahkan perasaan kita tapi tidak memudaratkan diri dan orang lain. Jangan terlampau melayan masalah sampai lupa untuk fikir jalan keluar. Penyelesaian masalah harus dibuat dengan akal sihat. InsyaAllah semua masalah ada jalan keluar yang terbaik.

Optimis!

Optimis bermaksud melihat suatu perkara di sudut yang baik atau yang memberi faedah ataupun mengharapkan sesuatu yang baik. Lebih kurang begitulah maksud perkataan itu. Satu perkataan yang aku kenali ketika aku di tingkatan 5, sewaktu ikut serta dalam kursus BTN SBP Perak; nama kumpulan ku.

Kesibukan hidup sekarang dengan beban thesis membuatkan hampir semua otak di sini berada di dalam tekanan yang hampir kritikal. Dengan masa yang terlalu sempit untuk menyiapkan thesis disamping kerja-kerja kuliah yang bertimbun, semua orang tanpa segan silu meluahkan perasaan marah, benci, malas, penat, dan macam-macam lagi kepada umum. Diri aku tak terkecuali.

Tapi dalam satu aspek, kita perlu optimis. Dengan kata lain, kita perlu berfikir positif. Jangan hanya tahu complaint pabila mengalami sedikit kepayahan untuk menyiapkan suatu tugas tanpa berusaha sebaik mungkin melakukan tugas tersebut. Memang benar kata guru ku, Melayu mudah melatah.

Stop complaining and start do the work slowly.

Itulah ayat yang bermain-main di kepala ku sekarang. Aku tak mahu melemahkan semangat orang lain kerana bertindak pesimis. Aku pasti ada hati yang akan down pabila mendengar segala rungutan tanpa memulakan tugas tersebut. Tak guna merungut sampai berbuih-buih mulut tanpa bertindak.

Mari kawan-kawan, kita kuatkan semangat untuk menyelesaikan tugas kita dengan sebaik mungkin. Sikit ja lagi perjuangan kita untuk lulus. Sikit ja lagi kita dapat pulang bertemu keluarga dan orang tersayang. Sikit ja lagi. Sabar sabar dan terus sabar.

Forum Kesihatan: Apa Pendapat Anda?

Sebagai selingan, aku bercadang untuk membina satu online forum tentang kesihatan untuk umum.

Pada awalnya aku berniat untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, tapi sekarang aku tak berapa pasti; takut kurang sambutan.

Forum ini percuma jadi akan ada satu blog/laman web yang sejajar dengan tema forum untuk turut membantu menampung kos hosting dan domain bulanan.

Mungkin aku memerlukan bantuan dari teman-teman untuk proses membina dan maintenance projek ini. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi aku.

Nama domain, dah aku beli. Sekarang di’parking‘ buat sementara waktu sebab masih tidak ada content yang aku buat.

Aku minta bantuan kalian untuk bagi pendapat dari segi bahasa penghantar, features menarik yang perlu ada, etc.

Terima kasih atas bantuan.

P/S: Sukarelawan diperlukan sebagai moderator dan juga penyumbang artikel.

Update: Aku dah start buat content untuk projek ni. Agak susah juga nak tulis dalam bahasa Melayu tapi insyaAllah dengan pertolongan-Nya terutama dan editor-editor lain, projek ini akan berjaya. Ameen..

Bahagian 2: Terima kasih, Tuhan..

Maaf atas keterlambatan aku menyambung cerita pasal Mak. Kesibukan hidup sebagai seorang mahasiswa selalu menghambat aku; ditambah lagi dengan thesis yang harus disiapkan segera.

Pagi 4 Februari 2009

Aku tidur 2 jam saja malam tadi. Awal-awal pagi lagi aku dan Kakak siap sedia dan membersihkan Mak sebelum pembedahan pagi itu. Sejak dari petang semalam, berbotol-botol cairan potassium dan sodium chloride silih berganti dimasukkan ke dalam tubuh mak. Hari ini hari yang cukup besar buat kami sekeluarga. Tinggi harapan kami supaya Mak selamat menjalani pembedahan. Tuhan, semoga kami kuat menghadapi segala ujian dari-Mu..

Doktor Arvin, seorang doktor pelatih yang memantau Mak dari masa ke masa sibuk meneliti carta dan rekod Mak. Darah Mak juga diambil untuk pemeriksaan electrolytes. Seorang demi seorang doktor silih berganti hadir di kaki katil Mak; doktor-doktor pelatih, neurosurgeon, neurologist,dan pakar bius.

Tepat jam 9 pagi aku dikejutkan dengan satu berita buruk; kandungan garam (sodium) dalam darah Mak amat rendah. Keadaan ini tidak membenarkan Mak dibedah. Doktor Arvin sempat diherdik oleh pegawai atasannya kerana tidak memeriksa dan mengawal electrolytes dalam darah Mak dengan betul. Aku juga terkesima. Rasa nak luluh jantung bila tau keadaan jadi macam tu. Banyak mudarat yang menunggu kalau pembedahan diteruskan dalam keadaan macam tu.

Tapi.. doktor Arvin diarahkan untuk mengambil dan memeriksa darah Mak sekali lagi untuk kepastian dan jika ditakdirkan tahap electrolytes yang berkaitan mencapai sekurang-kurangnya 4 mmol di bawah batas minimal, pembedahan boleh dibuat.

Hari ini merupakan hari kelima setelah pendarahan berlaku. Pendarahan di frontal lobe bahagian kiri sebesar duit 50 sen. Mengikut penelitian, bagi kes pendaran otak, pembedahan haruslah dibuat dengan segera; dalam masa 72 jam selepas pendarahan terjadi untuk mengelakkan kesukaran sewaktu sel-sel otak di retract ketika proses pencarian salur darah terbabit berlangsung. Tapi Mak telah melepasi batas waktu tersebut. Doa dipanjatkan setinggi-tingginya kepada yang Maha Esa.

Sekitar jam 930 pagi, 2 orang jururawat datang untuk memasang tiub saluran kencing (urine catheter) keatas Mak. Satu petanda yang baik, Mak boleh dibedah hari ini. Alhamdulillah.. Tak lama lepas itu, 2 orang jururawat datang lagi untuk mengganti pakaian Mak; serba putih untuk menjalani pembedahan. Sambil menanti jam 10, aku, Abah, dan Kakak bersembang ditepi katil Mak. Kisah kenakalan aku sewaktu kecil sempat membuat Mak tersenyum. Perasaan lega sempat menghinggap diri untuk beberapa saat; tadi Mak tak boleh jawab soalan-soalan yang doktor lemparkan.

Mak cik tahu tak sekarang ni kat mana?

Berfikir sejenak, ‘hospital’, jawab Mak perlahan.

Mak cik tahu tak hari ni kita nak buat apa?

Dahi berkerut, senyap, mata mencari muka yang dikenali.

Mak cik tahu tak hari ni kita nak buat apa?

Sama seperti tadi.

I don’t think she know what we’ll do to her. I don’t think she understand.

But yesterday after a meeting with the neurosurgeon, my father has explained to her that she will be operated today. She understood and noded when my father explain all the procedure and risks to her. Itu yang sempat aku katakan.

Ok then. The anesthesist will come here for the next inform consent.

Seperti yang dijadualkan, Mak masuk ke operation theater sekitar jam 10. Persiapan pembedahan sekitar satu jam; bius, ventilator, etc. Pembedahan dianggarkan mengambil masa 2 hingga ke 3 jam. Aku, Abah, dan Kakak menghantar Mak dengan pandangan penuh harapan dari ruang menuggu.

..bersambung..

Bahagian 1: Terima kasih, Tuhan..