Arkib

Posts Tagged ‘Blogging’

eKesihatan.com: Pelancaran Projek Baru

eKesihatan.com

eKesihatan.com

Ingat lagi tak aku pernah buat post tentang forum kesihatan dalam bahasa Melayu? Post tu masih memenuhi ruang atas laman utama blog ini. 🙂

Dengan rasminya aku mengumumkan pelancaran laman web terbaru aku, eKesihatan.com. Satu laman web yang membincangkan pelbagai isu kesihatan. Walau bagaimana pun, isi laman web ni masih lagi terlampau sikit.

Laman web ini aku tujukan untuk kedua orang tua, Mak dan Abah. Dan juga kepada keluarga, sepupu, sepapat sekalian. Semua untuk kegunaan umum.

Tentang forum pula, masih dalam usaha. Buat masa ni aku nak tengok dulu sambutan kepada laman web ni. Kalau mendapat sambutan, aku akan teruskan dengan forum dia. Aku predict, sambutan untuk laman web ini mungkin kurang memberangsangkan. Tapi siapa tahu kan? Hanya Tuhan yang tahu.

Sekarang blog ini hanya mempunyai 3 posts dan 3 halaman. Singgah la kalau senang. [eKesihatan.com]

Blog Bahasa Arab

Aku selalu browse internet. Pagi ini sedang aku asyik menjelajahi lorong-lorong kecil di dunia internet ni, aku jumpa satu benda yang tak pernah aku temui sebelum ini. Blog di dalam Bahasa Arab.

Semuanya di dalam Bahasa Arab kecuali iklan dari Google Adsense dan juga satu widget Twitter. Aku kagum melihat blog itu walaupun aku tak faham apa yang ditulis.

Apa yang aku dapat dari tab blog tersebut, penulis yang bernama Hassan Mughal ini menulis tentang Islam, Sejarah, software, dan lain-lain yang aku tak faham.

Berikut aku lampirkan snapshots blog tersebut:

Photobucket
Paparan header blog

Photobucket
Paparan sidebar dan content blog

Kalau korang nak tengok sendiri, klik sini.

Untuk pengetahuan korang, aku pernah berurusan dengan penulis.

Kekuatan Blog

Sebelum ini aku ada tulis tentang fenomena blog yang banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan sekarang ni [baca disini]. Dengar cerita di Malaysia sekarang siap ada iklan di TV untuk mempromosikan pasal blogging. Ada yang kata kita boleh buat duit yang banyak dengan buat blog. Adakah benda ni betul?

Mengikut pengalaman aku yang hanya baru setahun jagung dalan dunia blogging ni, memang betul kita boleh buat duit daripada blog. Buat duit, bukan jadi kaya. Kalau ada yang bagitau dorang buat banyak duit dari blogging, boleh dikatakan hanya 20% ja yang betul. Benda ni tak mustahil tapi memerlukan banyak masa dan kesabaran yang tinggi.

Berbalik kepada tujuan asal aku tulis post ni, kekuatan blogging.

Orang buat blog dengan pelbagai tujuan. Ada yang hanya untuk suka-suka, nak cuba-cuba, dan ada yang betul-betul serius untuk menulis.

Macam-macam boleh kita tulis dalam blog; mula dari diari harian (banyak yang macam ni), tempat berkongsi pendapat dan pengalaman, pembahasan isu-isu semasa, sumber download media, perkongsian bahan belajar, dan tak kurang juga yang menjual barang sama ada barang tu produk sendiri ataupun produk keluaran orang lain. Pokoknya blog mempunyai kekuatan tersendiri sampaikan boleh dijadikan medium untuk beberapa tujuan tadi.

Kenapa blog begitu berkuasa?

Hmm.. soalan yang bagus. Pada pendapat aku, sebab blog ni ditulis oleh orang persendirian dan majoriti pembaca adalah rakan-rakan penulis juga. Selalunya blog ni menceritakan pandangan penulis secara tidak formal. Jadi akan wujud interaksi yang friendly diantara penulis dan pembaca berbanding dengan website.

Nak cakap pasal kekuatan blog ni, boleh sampai menghasut orang. Sebab tu sekarang banyak berita pasal blog yang dijadikan tempat penghasutan. Tak kurang juga untuk memburuk-burukkan dan menghina pihak lain macam yang terjadi dalam kes Adibah Ahmad tempoh hari (kesian). Tapi ada juga hasutan yang membawa keuntungan macam dalam blogshops; dari situ dorang dapat pembeli. 😉

Ikatan antara penulis dan pembaca juga senang terbentuk sebab selalunya alamat blog tu guna nama penulis (tapi tidak untuk blog ni). Senang pembaca nak ingat dan datang berkunjung lagi.

Ke’best‘an sebuah blog bergantung pada penulis dan pembaca. Pada aku, tak ada blog yang tak bagus. Sebab semua blog adalah hasil karya setiap penulis (kecuali yang hanya copy paste dari blog lain).

Selain daripada berkongsi contents, blog juga boleh dijadikan sebagai sumber cari duit. Kebanyakannya daripada iklan-iklan yang dipaparkan, penjualan links dan tak kurang juga daripada reviews yang ditulis. Bagi seorang blogger, tak salah kan kalau dia buat duit daripada hobi sendiri? Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.

Nantikan post berikut untuk maklumat lanjut.

Blogging Semakin Popular

Disember 28, 2008 1 komen

Sekarang ini boleh dikatakan semua orang ada blog, sekurang-kurangnya satu ataupun lebih. Blog di internet ni dah jadi banyak macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Ada yang buat blog sebab nak tulis diari kehidupan dia, nak berdakwah, nak tulis cerita, nak lepaskan rasa tak puas hati, dan tak kurang juga yang nak buat duit.

Sebenarnya blog mempunyai kuasa besar untuk membantu kita. Memiliki blog bukanlah kerja yang susah sebenarnya, tapi yang susah adalah untuk me’maintain‘kan blog tu terutamanya blog yang tujuannya untuk buat duit.

Blog ni merupakan blog pertama berbahasa ibunda aku tapi merangkap blog yang ke-5 yang aku ada. Dah hampir setengah tahun aku melibatkan diri dalam dunia blogging ni. Banyak juga aku timba pengalaman dari cara nak sign up untuk buat blog baru dan juga kepada cara-cara untuk mengedit layout dan meningkatkan traffic ke blog.

Adakah anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang keupayaan blog yang sebenarnya?