Archive

Posts Tagged ‘KET’

It’s Sunday!

Finally it’s Sunday.. Dah sebulan aku tak dapat keenakkan bangun lambat pada hujung minggu. Inilah Ahad pertama tanpa on call. 😀

Apa aku nak buat? Hmm.. basuh baju, kemas bilik, tengok wayang, makan-makan, dan jalan-jalan. At least, itu la plan hari ini.

Sepanjang satu minggu lepas yang telah aku lalui, ada satu situasi yang baru dan agak menarik untuk dikongsi. KET atau nama panjangnya Kehamilan Ektopik Terganggu atau nama omputihnya Ectopic Pregnancy.

On call di RDUS Ujung Berung adalah sinonim dengan bosan. Itu kesimpulan aku pada awalnya. Tapi berbeza dengan hari yang aku akan ceritakan ni.

***
Seorang perempuan berumur 29 tahun datang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tahap kesedaran rendah, muka pucat. Kondisi dia macam orang yang tengah ngantuk gila, mata dah nak tertutup. Dari usul periksa, dia pengsan tengahari tadi dan datang dari Unit Emergensi.

“Ini sudah syok hipovelemik. Guyur dik!!”, arah Dr. Agus.

Aku dengan rakan bertugas pon sibuk la cari cairan Ringer Lactate (RL) untuk bagi kat ibu tu. Dua-dua tangan dia kami infus dengan RL. Tak cukup dengan kecepatan yang maksimal, kami pam dengan portable sphygmomanometer.

Dua labu habis, keadaan masih parah. Sekali-sekala aku akan berteriak, ‘Ibu, jangan sampai tidur ya!’ supaya keadaan tak bertambah parah. Kami terus mengguyur sampai habis 2L RL.

Sambil tu Dr. Agus buat pemeriksaan lanjut. Ternyata, ibu ni ada Ectopic Pregnancy dan Fallopian Tube dia dah pecah. Darah dah berkumpul dalam abdomen dia. Pada awalnya dia hanya datang dengan nyeri tekan (rebound tenderness) tapi sekarang sudah ada defens muskular akibat dari peritonitis.

Keadaan parah semula apabila tahap kesedaran ibu menurun kembali. Kami pun guyur lagi RL. Darah yang ditunggu-tunggu dari tadi belum sampai akibat dari cuaca hujan dan banjir di luar. Begitu juga dengan cairan crystalloid yang di pesan.

Terus Dr. Agus mengarahkan kami hantar ibu ni ke Operation Room. Atas sebab emergency, pakaian ibu tu terpaksa digunting. Ni la yang paling best, krakkkk krakkkk bunyi baju tu dikoyakkan. Best jugak ye, apatah lagi kalau buat kat baju-baju berjenama. (LOL)

Dipendekkan cerita, aku ikut operation itu. Laparotomi pertama yang aku saksikan. Tatkala abdomen dibuka, keluar la darah membuak-buak. Sedut punya sedut, hampir 2L pendarahan ibu tu. Kesian…

Ada satu hal yang agak kelakar waktu operation. Sewaktu Dr. Agus sibuk membedah patient, dia kata bladder patient ni penuh padahal dia dah pasang catheter. Aku pon cek la catheter tu, memang betul masuk kat urethra (sebab sebelum tu aku salah pasang catheter kat patient lain :P). Semua orang pelik kenapa la air kencing tak keluar walhal dah infus banyak cairan. Saat membersihkan patient setelah operation selesai, seorang petugas ni nak bersihkan urine bag sebab kena percikan darah. Dia pon bukak la sambungan dari catheter ke urine bag. Shruhhhhhhhhhhhhhhhhhh… banyak beno air kencing keluar. Dan didapati Dr. Agus terlupa untuk membuka cap di urine bag sebelum menyambungnya ke catheter. Patut la tak keluar-keluar air kencing ibu ni. Hahahaha..

Operation selesai.

***

Kesimpulan:

1. Aku kesian dengan keadaan kat sini di mana untuk mendapatkan rawatan, harus beli ubat, darah, dan barang-barang lain yang diperlukan sendiri. Ini bukan saja melambatkan perawatan tetapi juga membahayakan orang yang sakit apatah lagi dalam kes kecemasan seperti di atas.

2. Aku belajar bagaimana untuk memberitahu keadaan semasa kepada pesakit. Ibu tu ada tanya beberapa kali, ‘kenapa boleh jadi macam ni, boleh tak dia dapat anak lagi, dan kenapa badan dia terasa kaku sampai ke bahu’. Kesian ibu ni sebab dia dah kahwin setahun. Kehamilan pertama berakhir dengan keguguran dan ini adalah kehamilan yang kedua. Dan umur dia dah 29 tahun.

3. Aku dapat belajar: untuk memasang catheter, pastikan semuanya boleh work dengan baik; catheter masuk ke dalam urethra, dan buka cap urine bag. 🙂

4. Aku rasa ada sesuatu yang boleh memuaskan hati kita di saat-saat kecemasan seperti menggunting dan mengoyakkan baju atas sebab nak cepat. 😛