Arkib

Posts Tagged ‘mahasiswa’

VCC Lebih Selamat

Jika anda belum membaca post sebelum ini tentang PayPal, aku syorkan korang baca dulu post tersebut. [baca]

Kalau dah baca, mesti korang sedar aku ada sebut pasal kad kredit virtual untuk verify akaun Paypal. Jadi kali ini, aku nak cerita serba sedikit tentang VCC. [Beli VCC]

VCC ni boleh dipakai untuk bermacam-macam tujuan. Kebanyakan orang pakai VCC ni untuk verify akaun PayPal dan eBay (aku dah cuba pakai). Untuk pengetahuan korang, untuk menjadi penjual barang di eBay, korang perlu ada kad kredit untuk tujuan itu. Selain dari itu, VCC juga boleh dipakai untuk membeli barang secara online.

VCC lebih selamat dibandingkan dengan kad kredit plastik yang pernah kita kenali. Sebab VCC ni hanya boleh dipakai sekali sahaja jadi ini boleh mengelakkan daripada identiti dan nombor kad kredit korang dicuri oleh hackers. Ia juga lebih murah dan mampu dibeli oleh pelajar universiti macam aku ni (apatah lagi yang dah bekerja).

Pelbagai harga yang ditawarkan oleh para penjual VCC. Bermula daripada $6 hinggalah $15. Tapi mesti korang akan pilih yang $6 kan? Jangan khuatir, aku pun sama; akan pilih yang $6. 😉

Jangan tunggu VCC anda sampai ke dalam peti pos rumah anda sebab ia tak akan sampai dengan cara begitu. Lepas anda buat bayaran kepada penjual VCC, anda akan mendapat semua details kad kredit tersebut seperti nombor, jenis, tarikh dikeluarkan, tarikh luput, dan juga nombor CVV kad kredit tersebut. Setelah itu, VCC tersebut siap untuk digunakan.

VCC ini harus digunakan dalam tempoh 24 jam dari tarikh dikeluarkan dan ianya hanya boleh dipakai sekali sahaja. Jadi pastikan korang dah betul-betul nekad untuk membeli barang tersebut dan nekad untuk verify akaun yang diidamkan. Masa untuk korang dapat VCC bergantung kepada policy pembekal masing-masing. [Beli VCC]

Jadi kepada sesiapa yang nak verify akaun dan nak beli VCC untuk shopping, jangan khuatir tentang keselamatan. VCC memang lebih selamat dari kad kredit biasa. Bayaran pun hanya dikenakan sekali sahaja, tidak ada bayaran bulanan ataupun tahunan.

**Silakan singgah ke VCC Shop aku.

Cara Berjimat

Kehidupan seorang pelajar memang penuh dengan kekurangan wang terutama sekali di hujung bulan. Duit banyak habis untuk makan, jalan-jalan, tengok wayang, fotokopi, shopping, gadgets, dan lain-lain.

Sekarang aku nak kongsi serba sedikit cara untuk berjimat. Aku tulis ni bukan bermaksud aku buat semua ni. 😀 Kalau ada yang nak kongsi cara lain, silakan hantar komen tanpa rasa segan silu ataupun malu-malu.

1. Kurangkan naik transport awam.

Macam kat tempat aku ni, boleh naik ojek ataupun angkot pegi kampus. Kepada individu yang tergolong dalam kumpulan ‘the top ojek users’, boleh la jimat sikit duit dengan mengurangkan frekuensi naik ojek. Yang selalu naik angkot, boleh la berjalan kaki pergi kampus sekali-sekala.

2. Kurangkan pengambilan benda manis dan berlemak.
Maksud benda manis disini adalah minuman-minuman berkarbonat dan yang lain-lain dan juga makanan segera yang penuh lemak. Semuanya mahal dan tak baik untuk kesihatan diri. Jadi marilah kita banyak-banyak minum air putih (air masak) ja untuk menjaga kesihatan dan kecerdasan minda.

3. Masak sendiri.
Mengikut pengalaman beberapa orang yang pernah aku interview, masak sendiri memang murah. Sedap pulak tu (tak berlaku untuk aku). :D. Kita boleh makan apa yang kita nak.

4. Kurangkan biaya fotokopi dan ink printer.
Untuk orang yang malas nak tulis tangan semua learning issues, boleh gunakan font yang kecil (tapi jangan la kecil sangat ye nyah..). Secara tak langsung, dapat kurangkan biaya fotokopi. Printer pon boleh diset kepada ‘fast setting’ untuk jimatkan penggunaan ink.

5. Jangan tengok wayang hujung minggu.
Ni yang aku selalu buat, tengok wayang pada hari-hari bekerja dan bukan cuti umum sebab tiket lebih murah berbanding hujung minggu. Kerusi sama ja, cerita pun sama. Dapat jimat lagi.

6. Guna kupon discount atau tunggu sale.
Yang suka shopping sakan, bawa bersabar untuk menanti sale di akhir tahun ataupun pada musim perayaan. Dapat la jimat 5 hingga 70%. Untung lebih jimat, beli barang secara online. Nak tau kenapa? Sebab kita boleh guna kupon discount yang boleh dicari secara online walaupun tak ada sale dari provider. Baru-baru ni aku jumpa kupon-kupon macam ni dan aku gunakan untuk beli domain name (jimat $3).

Aku rasa cukuplah setakat ni dulu serba sedikit tips dari aku. Kalau yang ada tips lain, mari kita kongsi bersama.

Kuliah Kerja Nyata

Balai Desa Bojong Salam

Balai Desa Bojong Salam

Semester ini aku di wajibkan untuk mengikuti program Kuliah Kerja Nyata (KKN). Program ni melibatkan para pelajar dari seluruh fakulti di UNPAD dan kalau tak silap, ada juga dari ITB.

Mahasiswa di bahagikan mengikut kumpulan masing-masing dan di tugaskan ke satu desa. Aku dengan 19 mahasiswa yang lain di tugaskan ke Desa Bojong Salam, Kecamatan Rancaekek, Kabupaten Bandung.

Mula-mula aku ingat Desa Bojong Salam ni dekat ja. Tapi lepas pergi, mak aih.. Jauh betul. Perjalanan menaiki kereta memakan masa 40-50 minit. Kalau naik kenderaan awam, lebih lama lagi.

Tujuan KKN ni, aku sendiri pun tak faham sangat. Tapi aku rasa untuk membantu membangunkan masyarakat desa dan mengajar mahasiswa untuk bersosialisasi dengan masyarakat di samping mempraktikkan apa yang telah di pelajari di fakulti.

Kawan-kawan baru aku baik-baik. Moga dapat kumpul pengalaman baru dengan dorang. 🙂