Arkib

Posts Tagged ‘mak’

Bahagian 2: Terima kasih, Tuhan..

Maaf atas keterlambatan aku menyambung cerita pasal Mak. Kesibukan hidup sebagai seorang mahasiswa selalu menghambat aku; ditambah lagi dengan thesis yang harus disiapkan segera.

Pagi 4 Februari 2009

Aku tidur 2 jam saja malam tadi. Awal-awal pagi lagi aku dan Kakak siap sedia dan membersihkan Mak sebelum pembedahan pagi itu. Sejak dari petang semalam, berbotol-botol cairan potassium dan sodium chloride silih berganti dimasukkan ke dalam tubuh mak. Hari ini hari yang cukup besar buat kami sekeluarga. Tinggi harapan kami supaya Mak selamat menjalani pembedahan. Tuhan, semoga kami kuat menghadapi segala ujian dari-Mu..

Doktor Arvin, seorang doktor pelatih yang memantau Mak dari masa ke masa sibuk meneliti carta dan rekod Mak. Darah Mak juga diambil untuk pemeriksaan electrolytes. Seorang demi seorang doktor silih berganti hadir di kaki katil Mak; doktor-doktor pelatih, neurosurgeon, neurologist,dan pakar bius.

Tepat jam 9 pagi aku dikejutkan dengan satu berita buruk; kandungan garam (sodium) dalam darah Mak amat rendah. Keadaan ini tidak membenarkan Mak dibedah. Doktor Arvin sempat diherdik oleh pegawai atasannya kerana tidak memeriksa dan mengawal electrolytes dalam darah Mak dengan betul. Aku juga terkesima. Rasa nak luluh jantung bila tau keadaan jadi macam tu. Banyak mudarat yang menunggu kalau pembedahan diteruskan dalam keadaan macam tu.

Tapi.. doktor Arvin diarahkan untuk mengambil dan memeriksa darah Mak sekali lagi untuk kepastian dan jika ditakdirkan tahap electrolytes yang berkaitan mencapai sekurang-kurangnya 4 mmol di bawah batas minimal, pembedahan boleh dibuat.

Hari ini merupakan hari kelima setelah pendarahan berlaku. Pendarahan di frontal lobe bahagian kiri sebesar duit 50 sen. Mengikut penelitian, bagi kes pendaran otak, pembedahan haruslah dibuat dengan segera; dalam masa 72 jam selepas pendarahan terjadi untuk mengelakkan kesukaran sewaktu sel-sel otak di retract ketika proses pencarian salur darah terbabit berlangsung. Tapi Mak telah melepasi batas waktu tersebut. Doa dipanjatkan setinggi-tingginya kepada yang Maha Esa.

Sekitar jam 930 pagi, 2 orang jururawat datang untuk memasang tiub saluran kencing (urine catheter) keatas Mak. Satu petanda yang baik, Mak boleh dibedah hari ini. Alhamdulillah.. Tak lama lepas itu, 2 orang jururawat datang lagi untuk mengganti pakaian Mak; serba putih untuk menjalani pembedahan. Sambil menanti jam 10, aku, Abah, dan Kakak bersembang ditepi katil Mak. Kisah kenakalan aku sewaktu kecil sempat membuat Mak tersenyum. Perasaan lega sempat menghinggap diri untuk beberapa saat; tadi Mak tak boleh jawab soalan-soalan yang doktor lemparkan.

Mak cik tahu tak sekarang ni kat mana?

Berfikir sejenak, ‘hospital’, jawab Mak perlahan.

Mak cik tahu tak hari ni kita nak buat apa?

Dahi berkerut, senyap, mata mencari muka yang dikenali.

Mak cik tahu tak hari ni kita nak buat apa?

Sama seperti tadi.

I don’t think she know what we’ll do to her. I don’t think she understand.

But yesterday after a meeting with the neurosurgeon, my father has explained to her that she will be operated today. She understood and noded when my father explain all the procedure and risks to her. Itu yang sempat aku katakan.

Ok then. The anesthesist will come here for the next inform consent.

Seperti yang dijadualkan, Mak masuk ke operation theater sekitar jam 10. Persiapan pembedahan sekitar satu jam; bius, ventilator, etc. Pembedahan dianggarkan mengambil masa 2 hingga ke 3 jam. Aku, Abah, dan Kakak menghantar Mak dengan pandangan penuh harapan dari ruang menuggu.

..bersambung..

Bahagian 1: Terima kasih, Tuhan..

Bahagian 1: Terima Kasih, Tuhan..

Sudah 2 minggu aku pulang ke Malaysia. Sekarang aku dah selamat sampai di Bandung, Indonesia. Hari pertama mulai kelas memang amat letih bagi aku.

Buat pengetahuan rakan-rakan, Mak aku sekarang dalam proses pemulihan. Alhamdulillah.. Tanggal 16 Februari lepas Mak dibenarkan pulang ke rumah.

Terima kasih sebanyak-banyaknya kepada yang tolong mendoakan keselamatan dan penyembuhan Mak aku. Terima kasih kepada Tuhan yang Maha Esa kerana atas kuasaNya, Mak boleh seperti sekarang.

Aku ceritakan serba sedikit rentetan kisah Mak aku:

Pagi Sabtu 31 Januari 2009, Mak pergi ke bilik air untuk buang air kecil. Kepalanya terasa amat sangat pening. Mak terus berbaring di atas katil dan memanggil Abah untuk tolong ambilkan ubat darah tinggi Mak. Abah terus memberi Mak makan ubat darah tinggi. Tak lama lepas tu, Mak sendawa besar, muka terus jadi pucat dan tak sedarkan diri. Abah bertindak cepat dengan menelefon ambulans. Setelah beberapa kali menelefon ambulans yang tak kunjung tiba, makcik ku datang untuk memberikan bantuan. Mak di bawa ke unit kecemasan Hospital Daerah Tapah dengan kereta makcik.

Tekanan darah Mak tinggi. Tapi tak tinggi mencecah langit. Cukup untuk dikatakan sebagai Hypertension stage 1 (berdasarkan apa yang dilaporkan oleh Abang dan Kakak aku). Lama masa berlalu, Mak baru sedar sikit-sikit. Segala yang ditanya tidak dibalas dengan kata-kata, tetapi hanya anggukan yang menjawab. Mak pegang kepala; sakit yang amat sangat. Jururawat cuba membuat pemeriksaan tahap kesedaran dengan bertanyakan ‘siapa nama makcik?’, tetapi Mak tak dapat nak jawab. Dalam keadaan gelabah, adikku Ain cuba membantu jururawat tersebut dengan bertanyakan, ‘siapa nama Mak?’. Mak terus menjawab ‘Raimah’, bukan namanya tetapi nama arwah ibunya. Selain itu, Mak juga tidak memberi apa-apa respons di kaki.

Keadaan Mak yang tidak membaik membuatkan doctor refer Mak ke Hospital Besar Ipoh. Dalam jam 2 petang, Mak dihantar oleh ambulans ke Ipoh ditemani Kakak.

Lewat petang itu, CT scan mengesahkan Mak ada pendarahan di dalam otak; daerah frontal lobe. Pendarahan ini sebesar duit syilling 50 sen. Doktor juga mengesahkan ada Mak ada pembengkakan salur darah di otak. (aneurysm di anterior communicating artery). Ini harus dipastikan lagi dengan CT scan yang kedua, 2 hari lagi.

Selasa 3 Februari aku pulang untuk melihat keadaan Mak dengan mata kepala aku sendiri. Perjalanan dari LCCT ke Ipoh dirasakan terlalu amat lama setelah mendapat panggilan telefon dari Abah ketika aku masih di Sungai Buloh.

“Abah dah jumpa doktor pakar. Mak harus dibedah segera, kemungkinan besar besok. Keadaan Mak kritikal. Kalau tak bedah, kematian. Kalau bedah, ada risiko tinggi untuk kematian. Chances, 50-50″

Rasa nak luluh jantung aku dengar macam tu. Walaupun sebelum pulang Malaysia aku dah baca pasal aneurysm dan dia punya treatment dan segala risiko, aku tetap lemah. Kepala lutut ku bagaikan tiada tulang lagi. Bertalu-talu panggilan telefon dari makcik dan pakcik dari kedua-dua belah pihak keluarga. Abah dah bagitau mereka terlebih dahulu untuk mendapat persetujuan pembedahan.

Aku tiba di Hospital Besar Ipoh sekitar jam 5 petang. Terus aku ke katil Mak. Mak terbaring mengiring tak bermaya. Mata tertutup rapat. Kepala dan belakang badan basah dek keringat. Ku pegang kepala Mak, terasa panas dan berdenyut. Abah kata sebelum ni lagi kuat denyutan di kepala Mak.

Abah belum menandatangan surat kebenaran untuk pembedahan. Aku, Abang dan Abah terus pergi jumpa doktor dan dengar semula penerangan dari doktor. Aku lihat CT scan kepala Mak. Kesian Mak… Sebagai seorang yang belajar perubatan, aku terangkan lagi serba sedikit semua risiko yang harus kami hadapi. Abah dah bagitau Mak pasal pembedahan. Mak mengangguk tanda faham dan setuju.

Mak dijadualkan masuk operation theatre jam 10 pagi jika tiada kes-kes kecemasan yang lain. Aku tak tidur malam tu dan duduk disebelah Mak sambil tolong kipas dan urut kepala Mak. Dalam kegelapan hatiku berkata-kata, ‘adakah ini malam terakhir aku bersama Mak..’. Hatiku tak henti-henti meminta Tuhan selamatkan Mak.

..bersambung..

Bahagian 2: Terima Kasih, Tuhan..

Tuhan, Selamatkanlah Mak…

Januari 30, 2009, aku dapat panggilan telefon dari Abang. Pendek ja perbualan kami:

Mak, jatuh pagi tadi masa gosok gigi. Sekarang dekat emergency room, tak sedar. Nanti apa-apa perubahan, Abang bagitau. Jangan risau.

Aku hanya mampu kata, ya. Terus tangan aku menggeletar lepas tu. Dalam hati, dah fikir yang bukan-bukan. Fikiran dah tak menentu. Tapi aku cuba siapkan juga tugasan yang harus aku hantar pagi tu.

Dalam jam 10 pagi, Abang kata Mak dah sedar. Tapi macam separuh sedar. Dia tak bercakap. Tekanan darah agak tinggi.

Dengan penuh sabar aku menanti berita terbaru pasal Mak. Tekanan darah tak berapa menentu. Masih tak bercakap tapi sedar. Akhirnya dalam jam 2 petang, Mak dihantar ke Hospital Besar Ipoh. Doktor suspect Mak kena stroke. Jadi harus buat brain scan.

Jam 3-6 petang. Confirm ada bleeding dalam otak Mak. Ada aneurysm jugak. Doktor nak buat scan lagi sekali hari Isnin untuk cari punca pendarahan. Harus dibedah untuk klip aneurysm sebab takut salur darah tu pecah dan ada pendarahan lebih teruk lagi. Satu pembedahan yang besar risiko. Aku hanya dapat doa agar Mak selamat dari jauh.

Pagi Februari 1, 2009.

Tekanan darah Mak dah turun. Mak dah boleh bergerak sendiri untuk naik katil lepas mandi pagi tu. Kakak SMS kata malam tadi Mak muntah sebelum tido. Pagi ni Mak masih sakit kepala.

Aku akan pulang Malaysia untuk tengok Mak sebelum pembedahan.

Ya Tuhan yang Maha Esa, selamatkanlah Mak aku. Hanya kepada-Mu tempat aku meminta. Hanya pada-Mu tempat aku mengadu. Selamatkanlah Mak aku.

Tolong doa Mak aku selamat. Terima kasih.

Sebuah Renungan: Surat Buat Mak

Semalam aku terima satu e-mel dari online group ni. Sebenarnya aku rasa amat tak suka sebab tiba-tiba ja dapat newsletter dari group tu, tak pernah pun ingat bila aku join.

Sedang aku sibuk membaca tajuk-tajuk e-mel yang aku terima, tiba-tiba mata ku terpaku kat satu e-mel ni yang bertajuk, “Mak…”. Dengan penuh rasa ingin tahu, aku pun baca e-mel tu.

Sungguh hati aku begitu tersentuh dan harap isi e-mel ini dapat kita jadikan sebagai renungan dan semangat untuk kita belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak henti-henti berdoa untuk kesejahteraan kedua orang tua kita.

Berikut isi e-mel tersebut:

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal…

Mak…..
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….

Mak tau tak…….
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni……

mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu……
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih……
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak……
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam …….
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi……
ada kat dalam gulung tikar…..

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm…bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..

Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran.. . ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..

Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter…..
Mak…..
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital…. .
nurse tengah balut mak dengan kain putih…….
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn

Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….

Mak……
Kiter masih ingat lagi….
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…..?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni…
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak….!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak…..

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….

Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib….
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…..
nak cakap dengan mak…..
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong….
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma….
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih….
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…k
Kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti… .
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang… s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

Terima Kasih Mak dan Abah..

Untuk Mak dan Abahku di kampung. Enjoy the long school holiday! 🙂

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab masih sudi menjaga Ana
Ana tau, Ana banyak menyusahkan.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab selalu call Ana di saat memerlukan
Dulu-dulu, Ana pernah kecil hati sebab Mak dan Abah jarang call
Tapi sekarang Ana tau, mahal bil telefon.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab selalu masak sedap-sedap time Ana balik rumah
Walaupun Ana tak tolong langsung
Mak dan Abah tak pernah bising dan tak pernah berhenti memasak.

Terima kasih Mak dan Abah
Kerana mendidik Ana sampai sekarang
Ana tau, kadang-kadang Ana degil dan tak nak ikut kata.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab banyak bagi nasihat dan pengajaran
Sekarang Ana dah belajar dan sedang belajar untuk hidup di negeri orang.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab dulu-dulu jaga Ana betul-betul supaya tak hanyut
Sampai Ana boleh masuk SERATAS.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab dulu marah kalau Ana ada boyfriend dan banyak buang masa
Sekarang Ana faham, Mak dan Abah suruh Ana belajar sungguh-sungguh.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab suruh Ana pegi kelas tuisyen
Kalau tak, Ana tak belajar dan tak boleh masuk SERATAS.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab jenguk Ana kat SERATAS
Dulu-dulu Ana selalu membentak dalam hati, kenapa Mak dan Abah jarang datang
Sekarang Ana tau, Taiping tu jauh, kos nak pergi mahal.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab masak dan bawa makanan ketika lawat Ana kat SERATAS
Walaupun tak selalu tapi semuanya sedap-sedap
Dulu-dulu Ana pernah rasa marah sebab Mak dan Abah tak bawa makanan dari rumah
Tapi sekarang Ana tau, Taiping tu jauh, penat Mak dan Abah nak masak awal-awal pagi.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab dorong Ana belajar sampai sekarang
Results Ana tak sebagus orang lain
Tapi Mak dan Abah tetap gembira bila tengok results Ana.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab bagi Ana duit di kala perlu
Ana tau, Mak dan Abah cari duit susah-susah
Kadang-kadang Ana boros.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab bantu Ana berdiri semula setelah Ana jatuh
You both are the best people to turn to.

Terima kasih Mak dan Abah
Sebab sudi jemput dan hantar Ana ke airport time cuti
Ana tau Mak dan Abah kena keluar duit yang banyak kalau Ana pulang
Orang lain yang duduk jauh, tak macam Ana, dorang kena balik sendiri
Tapi Mak dan Abah tetap nak jemput dan hantar Ana.

Terima kasih Mak dan Abah
Sudi melayan kerenah Ana di kala cuti
Ana tau Ana banyak ragam
Tapi Mak dan Abah tetap layan Ana dengan baik dan best sangat.

Terima kasih Mak dan Abah
Terima kasih Mak dan Abah
Terima kasih Mak dan Abah
Ana tau, ucapan terima kasih ini tak dapat membalas semua jasa Mak dan Abah
Tapi hanya inilah yang mampu Ana katakan sekarang
Terima kasih Mak dan Abah..