Arkib

Posts Tagged ‘online’

eKesihatan.com: Pelancaran Projek Baru

eKesihatan.com

eKesihatan.com

Ingat lagi tak aku pernah buat post tentang forum kesihatan dalam bahasa Melayu? Post tu masih memenuhi ruang atas laman utama blog ini. 🙂

Dengan rasminya aku mengumumkan pelancaran laman web terbaru aku, eKesihatan.com. Satu laman web yang membincangkan pelbagai isu kesihatan. Walau bagaimana pun, isi laman web ni masih lagi terlampau sikit.

Laman web ini aku tujukan untuk kedua orang tua, Mak dan Abah. Dan juga kepada keluarga, sepupu, sepapat sekalian. Semua untuk kegunaan umum.

Tentang forum pula, masih dalam usaha. Buat masa ni aku nak tengok dulu sambutan kepada laman web ni. Kalau mendapat sambutan, aku akan teruskan dengan forum dia. Aku predict, sambutan untuk laman web ini mungkin kurang memberangsangkan. Tapi siapa tahu kan? Hanya Tuhan yang tahu.

Sekarang blog ini hanya mempunyai 3 posts dan 3 halaman. Singgah la kalau senang. [eKesihatan.com]

Forum Kesihatan: Apa Pendapat Anda?

Sebagai selingan, aku bercadang untuk membina satu online forum tentang kesihatan untuk umum.

Pada awalnya aku berniat untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, tapi sekarang aku tak berapa pasti; takut kurang sambutan.

Forum ini percuma jadi akan ada satu blog/laman web yang sejajar dengan tema forum untuk turut membantu menampung kos hosting dan domain bulanan.

Mungkin aku memerlukan bantuan dari teman-teman untuk proses membina dan maintenance projek ini. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi aku.

Nama domain, dah aku beli. Sekarang di’parking‘ buat sementara waktu sebab masih tidak ada content yang aku buat.

Aku minta bantuan kalian untuk bagi pendapat dari segi bahasa penghantar, features menarik yang perlu ada, etc.

Terima kasih atas bantuan.

P/S: Sukarelawan diperlukan sebagai moderator dan juga penyumbang artikel.

Update: Aku dah start buat content untuk projek ni. Agak susah juga nak tulis dalam bahasa Melayu tapi insyaAllah dengan pertolongan-Nya terutama dan editor-editor lain, projek ini akan berjaya. Ameen..

Dibayar Untuk Search di Internet

Tajuk post kali ini pasti membuat korang tertanya-tanya, betul ke ni? Hmm.. bak kata watak kartun Upin dan Ipin, betul betul betul..

Untuk dibayar, korang kena sign up kat website Homepages-Friends. Tak perlu bayar apa-apa untuk join, percuma saja.

Sekarang tentu korang rasa sangsi; join percuma, dibayar pula tu. Betul ke ni? Macam mana website ni nak untung kalau macam ni?

Website ni didaftarkan atas nama Homepages Friends Ltd yang berpangkalan di England. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2004. Mereka dapat untung daripada iklan-iklan yang dipaparkan apabila kita menggunakan search box mereka.

Setelah korang siap mendaftar, korang kena install search box daripada Homepages Friends ni supaya search korang tu dapat dikesan. Senang ja nak install. Ikut ja langkah-langkah yang disediakan.

Berkualiti ke result search tu nanti?

Homepages Friends menggunakan Yahoo Search Engine. Results yang didapat sama laju dengan Google Search Engine hanya bezanya, korang akan dibayar. Kalau aku, sebagai pengguna Homepages Friends sejak 4 bulan yang lalu, aku akan menggunakan search box Homepages Friends ni dan apabila aku tak puas hati dengan results yang dipaparkan, aku akan guna Google search pula. Jadi tak rugi kan?

Bayaran dikira dalam mata wang Pound Sterling sebab syarikat ni kan berpangkalan di England. Jumlah minimum untuk minta bayaran ialah 20 Pound Sterling (takda simbol Pound Sterling pula kat keyboard aku ni). Setiap satu search akan dibayar kira-kira 0.01 hingga 0.03 Pound Sterling. Tapi mengikut pengalaman aku, tak semua search akan dikira. Selalunya kalau aku buat 20 searches dalam sehari, aku hanya dapat 0.16 Pound Sterling untuk hari itu. Tapi OK la daripada tak dapat langsung.

Pembayaran boleh diterima dengan menggunakan PayPal, cek, ataupun bank wired transfer. Untuk tempoh ini, aku hanya guna PayPal sebagai cara pembayaran.

Mula-mula join Homepages Friends ni, aku rasa teruja untuk tahu berapa pendapatan aku untuk hari tersebut. Jadi aku sentiasa periksa income report aku. Tapi jangan terkejut jika income korang hari tu masih zero. Sebab dorang ni lambat sikit nak update report tu. Jadi kita kena bersabar.

Benda ni sesuai untuk semua orang, apatah lagi yang banyak buat search online macam blogger seperti aku ni. Pasti membawa keuntungan. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Dah banyak duit keluar untuk bayar bil internet, benda macam ni la yang dapat mengurangkan kos perbelanjaan seharian. Betul tak?

Lagi satu, kalau korang boleh ajak kawan atau ahli keluarga korang join Homepages Friends ni, korang boleh tingkatkan income. Sebab kita akan dapat 10% daripada income orang yang kita ajak tu kalau dia aktif dan mendaftar melalui referral link kita.

Setakat ni, aku masih belum mencapai tahap minimum pembayaran. Sekarang baru dapat buat 1084 searches dan kumpul 8.88 Pound Sterling. Aku dah buat eksperimen, kalau guna search keyword yang sama, kita tak akan dibayar dua kali. Sebab tu la duit yang aku kumpul tu tak mencapai 10 Pound lagi.

Sesiapa yang berminat untuk cuba, boleh join Homepages Friends di sini.

VCC Lebih Selamat

Jika anda belum membaca post sebelum ini tentang PayPal, aku syorkan korang baca dulu post tersebut. [baca]

Kalau dah baca, mesti korang sedar aku ada sebut pasal kad kredit virtual untuk verify akaun Paypal. Jadi kali ini, aku nak cerita serba sedikit tentang VCC. [Beli VCC]

VCC ni boleh dipakai untuk bermacam-macam tujuan. Kebanyakan orang pakai VCC ni untuk verify akaun PayPal dan eBay (aku dah cuba pakai). Untuk pengetahuan korang, untuk menjadi penjual barang di eBay, korang perlu ada kad kredit untuk tujuan itu. Selain dari itu, VCC juga boleh dipakai untuk membeli barang secara online.

VCC lebih selamat dibandingkan dengan kad kredit plastik yang pernah kita kenali. Sebab VCC ni hanya boleh dipakai sekali sahaja jadi ini boleh mengelakkan daripada identiti dan nombor kad kredit korang dicuri oleh hackers. Ia juga lebih murah dan mampu dibeli oleh pelajar universiti macam aku ni (apatah lagi yang dah bekerja).

Pelbagai harga yang ditawarkan oleh para penjual VCC. Bermula daripada $6 hinggalah $15. Tapi mesti korang akan pilih yang $6 kan? Jangan khuatir, aku pun sama; akan pilih yang $6. 😉

Jangan tunggu VCC anda sampai ke dalam peti pos rumah anda sebab ia tak akan sampai dengan cara begitu. Lepas anda buat bayaran kepada penjual VCC, anda akan mendapat semua details kad kredit tersebut seperti nombor, jenis, tarikh dikeluarkan, tarikh luput, dan juga nombor CVV kad kredit tersebut. Setelah itu, VCC tersebut siap untuk digunakan.

VCC ini harus digunakan dalam tempoh 24 jam dari tarikh dikeluarkan dan ianya hanya boleh dipakai sekali sahaja. Jadi pastikan korang dah betul-betul nekad untuk membeli barang tersebut dan nekad untuk verify akaun yang diidamkan. Masa untuk korang dapat VCC bergantung kepada policy pembekal masing-masing. [Beli VCC]

Jadi kepada sesiapa yang nak verify akaun dan nak beli VCC untuk shopping, jangan khuatir tentang keselamatan. VCC memang lebih selamat dari kad kredit biasa. Bayaran pun hanya dikenakan sekali sahaja, tidak ada bayaran bulanan ataupun tahunan.

**Silakan singgah ke VCC Shop aku.

Cara Berjimat

Kehidupan seorang pelajar memang penuh dengan kekurangan wang terutama sekali di hujung bulan. Duit banyak habis untuk makan, jalan-jalan, tengok wayang, fotokopi, shopping, gadgets, dan lain-lain.

Sekarang aku nak kongsi serba sedikit cara untuk berjimat. Aku tulis ni bukan bermaksud aku buat semua ni. 😀 Kalau ada yang nak kongsi cara lain, silakan hantar komen tanpa rasa segan silu ataupun malu-malu.

1. Kurangkan naik transport awam.

Macam kat tempat aku ni, boleh naik ojek ataupun angkot pegi kampus. Kepada individu yang tergolong dalam kumpulan ‘the top ojek users’, boleh la jimat sikit duit dengan mengurangkan frekuensi naik ojek. Yang selalu naik angkot, boleh la berjalan kaki pergi kampus sekali-sekala.

2. Kurangkan pengambilan benda manis dan berlemak.
Maksud benda manis disini adalah minuman-minuman berkarbonat dan yang lain-lain dan juga makanan segera yang penuh lemak. Semuanya mahal dan tak baik untuk kesihatan diri. Jadi marilah kita banyak-banyak minum air putih (air masak) ja untuk menjaga kesihatan dan kecerdasan minda.

3. Masak sendiri.
Mengikut pengalaman beberapa orang yang pernah aku interview, masak sendiri memang murah. Sedap pulak tu (tak berlaku untuk aku). :D. Kita boleh makan apa yang kita nak.

4. Kurangkan biaya fotokopi dan ink printer.
Untuk orang yang malas nak tulis tangan semua learning issues, boleh gunakan font yang kecil (tapi jangan la kecil sangat ye nyah..). Secara tak langsung, dapat kurangkan biaya fotokopi. Printer pon boleh diset kepada ‘fast setting’ untuk jimatkan penggunaan ink.

5. Jangan tengok wayang hujung minggu.
Ni yang aku selalu buat, tengok wayang pada hari-hari bekerja dan bukan cuti umum sebab tiket lebih murah berbanding hujung minggu. Kerusi sama ja, cerita pun sama. Dapat jimat lagi.

6. Guna kupon discount atau tunggu sale.
Yang suka shopping sakan, bawa bersabar untuk menanti sale di akhir tahun ataupun pada musim perayaan. Dapat la jimat 5 hingga 70%. Untung lebih jimat, beli barang secara online. Nak tau kenapa? Sebab kita boleh guna kupon discount yang boleh dicari secara online walaupun tak ada sale dari provider. Baru-baru ni aku jumpa kupon-kupon macam ni dan aku gunakan untuk beli domain name (jimat $3).

Aku rasa cukuplah setakat ni dulu serba sedikit tips dari aku. Kalau yang ada tips lain, mari kita kongsi bersama.

Kekuatan Blog

Sebelum ini aku ada tulis tentang fenomena blog yang banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan sekarang ni [baca disini]. Dengar cerita di Malaysia sekarang siap ada iklan di TV untuk mempromosikan pasal blogging. Ada yang kata kita boleh buat duit yang banyak dengan buat blog. Adakah benda ni betul?

Mengikut pengalaman aku yang hanya baru setahun jagung dalan dunia blogging ni, memang betul kita boleh buat duit daripada blog. Buat duit, bukan jadi kaya. Kalau ada yang bagitau dorang buat banyak duit dari blogging, boleh dikatakan hanya 20% ja yang betul. Benda ni tak mustahil tapi memerlukan banyak masa dan kesabaran yang tinggi.

Berbalik kepada tujuan asal aku tulis post ni, kekuatan blogging.

Orang buat blog dengan pelbagai tujuan. Ada yang hanya untuk suka-suka, nak cuba-cuba, dan ada yang betul-betul serius untuk menulis.

Macam-macam boleh kita tulis dalam blog; mula dari diari harian (banyak yang macam ni), tempat berkongsi pendapat dan pengalaman, pembahasan isu-isu semasa, sumber download media, perkongsian bahan belajar, dan tak kurang juga yang menjual barang sama ada barang tu produk sendiri ataupun produk keluaran orang lain. Pokoknya blog mempunyai kekuatan tersendiri sampaikan boleh dijadikan medium untuk beberapa tujuan tadi.

Kenapa blog begitu berkuasa?

Hmm.. soalan yang bagus. Pada pendapat aku, sebab blog ni ditulis oleh orang persendirian dan majoriti pembaca adalah rakan-rakan penulis juga. Selalunya blog ni menceritakan pandangan penulis secara tidak formal. Jadi akan wujud interaksi yang friendly diantara penulis dan pembaca berbanding dengan website.

Nak cakap pasal kekuatan blog ni, boleh sampai menghasut orang. Sebab tu sekarang banyak berita pasal blog yang dijadikan tempat penghasutan. Tak kurang juga untuk memburuk-burukkan dan menghina pihak lain macam yang terjadi dalam kes Adibah Ahmad tempoh hari (kesian). Tapi ada juga hasutan yang membawa keuntungan macam dalam blogshops; dari situ dorang dapat pembeli. 😉

Ikatan antara penulis dan pembaca juga senang terbentuk sebab selalunya alamat blog tu guna nama penulis (tapi tidak untuk blog ni). Senang pembaca nak ingat dan datang berkunjung lagi.

Ke’best‘an sebuah blog bergantung pada penulis dan pembaca. Pada aku, tak ada blog yang tak bagus. Sebab semua blog adalah hasil karya setiap penulis (kecuali yang hanya copy paste dari blog lain).

Selain daripada berkongsi contents, blog juga boleh dijadikan sebagai sumber cari duit. Kebanyakannya daripada iklan-iklan yang dipaparkan, penjualan links dan tak kurang juga daripada reviews yang ditulis. Bagi seorang blogger, tak salah kan kalau dia buat duit daripada hobi sendiri? Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.

Nantikan post berikut untuk maklumat lanjut.

Pencuri Identiti di Internet

Aku ada tulis satu artikel. Tentang cara-cara untuk mengelakkan identiti dicuri ketika online. Ada 5 cara semuanya.

Artikel ini ditulis dalam bahasa Inggeris. Harap bermanfaat. Untuk membaca artikel tersebut, klik sini.