Arkib

Posts Tagged ‘seratas’

Dikejar Beruk

Teringat saat-saat di sekolah. Aku menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping atau nama pendek dia, Seratas ketika berada di Tingkatan 4. Sekolah ni terletak betul-betul depan Zoo Taiping. Kat belakang pula Bukit Larut. Memang best sekolah ni kecuali satu benda ja, beruk.

Oleh sebab lokasi sekolah ni yang amat strategik (dekat dengan hutan), banyak betul beruk-beruk yang datang berkunjung mengalahkan mak bapak para pelajar. Ada yang datang nak buat hal dengan student, cuti pakaian, curi barang-barang, curi makanan, dan tak terkecuali kejar budak perempuan.

Pada suatu hari yang tenang tapi sebenarnya bawa nasib buruk kat aku, aku di kejar beruk. Kejadian ni jadi sewaktu aku nak pegi prep petang. Sebagai seorang pelajar yang sangat berdedikasi dengan tidur, aku akan menghabiskan masa sebelum pergi prep petang dengan tidur di dorm. Dan aku akan menyambung tidur lagi di kelas. Semua pelajar harus bergerak keluar dari asrama sekitar 3.20 petang tapi aku dengan tenangnya akan bangun tidur tepat jam 3.15 petang.

Hari tu Khamis. Seperti biasa, lepas bangun tidur, aku pun bergegas la ke toilet untuk bersiap-siap sebelum pergi prep. Dalam keadaan mamai aku turun dari aras 2 menuju pagar keluar asrama. Kat situ, dah ada pengawas yang tunggu nak tulis nama student yang lambat keluar. Aku buat muka toya ja kat situ, dan syukurah nama aku tak dicatat.

Dalam perjalanan nak ke blok sekolah, aku kena lintas turf hoki. Kebetulan tengahari tu banyak pulak la beruk yang berkeliaran kat atas tu. Aku dah biasa lalu dekat dengan beruk-beruk ni tanpa dikejar. So kali ni nak buat selamber gak. Lepas aku jalan melepasi sekumpulan beruk yang masih kanak-kanak, tiba-tiba aku dengar bunyi jeritan haiwan tu. Tatkala aku menoleh ke belakang, aku dapat lihat beberapa ekor beruk sedang berlari-lari menuju diriku. Ingat aku ni mama dia ke. Panik. Beruk semakin dekat. Kaki pun membuka seribu langkah. Aku tak tahu nak lari ke mana sebenarnya, tapi secara automatik kaki aku menuju ke depan surau sekolah yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Mungkin sebab keberkatan area surau sekolah, beruk-beruk tu pun berhenti mengejar diriku. Fuh, selamat. Aku lega. Dalam masa yang sama, aku terdengar suara orang ketawa. Aku toleh ke arah suara tu. Cis, junior sedang menggelakkan aku. Kurang asam.

Hari tu aku rasa letih sangat sebab sebenarnya aku puasa. Lepas kena kejar beruk tu, rasa haus sangat. Tapi tak rock la kalau aku buka puasa. Jadi aku end up tidur dalam kelas pada waktu prep lebih awal dari biasa petang tu.