Arkib

Posts Tagged ‘SMS percuma’

SMS Percuma Dari XL

xl

Buat rakan-rakan ku di Indonesia, tentu korang semua dah tak hairan dengan SMS percuma dari XL kan? Tapi SMS percuma yang aku nak ceritakan ni bukan SMS percuma yang kita selalu dapat bila kita topup pakej extra.

Sekarang korang dah tak perlu topup Rp100 ribu, Rp50 ribu, atau pun Rp10 ribu pakej extra untuk mendapatkan SMS percuma setiap hari. Buat apa buang-buang duit sebanyak Rp100 ribu kalau kita tak pakai pun semua atau sebahagian besar 100 SMS percuma yang kita dapat setiap hari?

“Tak apa.. ada pakej extra Rp10 ribu. Aku topup Rp10 ribu aja la”, kata seorang rakan ku.

Aku pun sebenarnya dah pernah topup Rp10 ribu extra untuk dapatkan 10 SMS percuma setiap hari. Aku tak guna semua pun SMS tu. Dan credit yang ada dalam handphone aku tu pun akan tamat tempoh dalam masa 5 hari. Jadinya aku hanya pakai Rp40 ribu sebulan. Tapi, penat jugak nak pegi topup setiap 5 hari sekali. Kadang-kadang aku mengalami kesulitan sebab tiba-tiba aku tak boleh hantar SMS langsung di saat-saat perkhidmatan tu diperlukan. Nak call, apatah lagi.

Tentu korang tertanya-tanya, macam mana nak dapatkan SMS percuma tanpa topup pakej extra kan. Senang ja, korang hanya perlu daftar nama dan nombor telefon di website XL. Dalam masa 10 minit, selesai semuanya.

Website XL ni menawarkan perkhidmatan untuk mengirim SMS percuma ke sesama XL. Sehari boleh dapat 10 SMS percuma. Jadi tak payah la susah-susah nak topup pakej extra sebab dengan topup pakej reguler (lebih tahan lama dan murah), korang boleh jimat beberapa puluh ribu rupiah sebulan. Alang-alang korang online tu, boleh juga kirim SMS.

Sebenarnya aku terjumpa khidmat SMS percuma ni pun secara tak sengaja. Aku cuma nak check pakej XL yang terbaru ja sebab dah 3 kali aku topup pakej extra, tapi aku kena bayar juga untuk setiap SMS yang aku hantar. Punya la membazir aku rasa. Jadi aku temui benda ni. Sekarang aku pun topup pakej reguler ja dan ambil plan SMS murah. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web XL.

Marilah kita amalkan sikap berjimat cermat. Ingat, perbuatan membazir tu amalan syaitan.